ISNIN , 2 MEI 2023 - Mahaad Muhammadi Perempuan telah menerima kunjungan daripada Krew TV Al-Hijrah bagi Rakaman Pemenang Akedemik al-Quran, iaitu saudari Nik Maghfirah binti Nik Abdul Rahman Zaki.
Pada pukul 11.30 pagi, para guru MMP menyambut ketibaan Krew TV Al-Hijrah dan saudari Nik Maghfirah. Sesi rakaman dan penggambaran ini bermula di Blok A iaitu kelas 5 Khadijah 1. Kemudian, para krew bergerak ke Bilik Khat di blok C untuk temu bual dengan Ustazah Siti Fatimah binti Hj. Yusoff dan saudari Nik Maghfirah tentang pencapaian khat di MMP.
Selepas itu, sesi penggambaran dan rakaman berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada para Krew TV Al-Hijrah. Kemudian sesi ini berakhir dengan jamuan makan tengah hari.