MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023

KHAMIS, 11 MEI 2023 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Sambutan untuk para guru telah diadakan di Dewan Fatimah, manakala sambutan hari raya bagi pelajar bertempat di kelas masing-masing. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dengan bacaan Al-Quran. Majlis diteruskan dengan Ucapan Perutusan Hari Raya yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman selaku Mudir Maahad Muhammadi Perempuan.

Tepat jam 8.00 pagi para guru bergerak ke Dewan Fatimah manakala pelajar bergerak ke kelas masing-masing. Pelbagai jenis juadah telah disediakan oleh para pelajar seperti nasi impit, sate, ketupat dan lain-lain.

Pada pukul 10.00 pagi lawatan para guru ke 'rumah terbuka' pelajar untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya ini. Beberapa orang guru turut menjadi juri untuk pertandingan yang diadakan pada hari ini iaitu 'Pertandingan Rumah Terbuka' Tercantik'.

Majlis berakhir dengan ops bersih kelas oleh para pelajar pada jam 12.00 tengah hari.

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada hari ini dilihat dapat meningkatkan lagi kemesraan dan ukhuwah di kalangan warga Maahad Muhammadi Perempuan.