MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PIMPINAN PELAJAR DAN PELANCARAN LIQA' FIKRI TAHUN 2023/2024

ISNIN , 8 MEI 2023 - Isnin, 8 Mei 2023 bersamaan dengan 17 Syawal 1444H, Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Majlis  Penyerahan  Watikah Pelantikan dan Pelancaran Liqa' Fikri tahun 2023/2024 di Dewan Asma' Abu Bakar , MMP pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 tengah hari . Antara tetamu yang hadir YBRS, Ustaz Harun bin Ismail selaku penolong pengarah  ( hal ehwal murid ) YIK  dan YB, Haji  Zuraidin bin Abdullah selaku timbalan pengerusi jk belia, sukan dan ngo kerajaan Kelantan  . Majlis ini bertemakan ' Pimpinan Berkaliber Tunjang Generasi Rabbani ‘ .

Majlis dimulai dengan bacaan  ayat suci al-Quran oleh pelajar tingkatan lima . Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, pengetua MMP . Beliau berkata bahawa kepimpinan di Maahad Muhammadi Perempuan telah melahirkan generasi rabbani iaitu generasi yang amanah, bertanggungjawab serta dapat menampilkan diri dalam apa jua keadaan . Seterusnya ucapan oleh YBRS, Ustaz Harun bin Ismail . Beliau mengatakan bahawa setiap apa yang dilakukan oleh para pemimpin akan sentiasa diberkati dan mendapat pertolongan daripada ALLAH SWT .

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB, Haji Zuraidin Bin Abdullah dan diteruskan dengan gimik perasmian watikah pelantikan dan pelancaran usrah serta penyerahan watikah kepada setiap ketua badan induk . Selepas itu, ketua pelajar memberi sedikit ucapan dan berikrar bersama dengan para pemimpin yang lain .

Majlis diakhiri dengan nasyid bertajuk Al-Amal dan semua guru dan pelajar diminta bersurai .