KHAMIS 8 JUN 2023 - Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2022/2023 telah diadakan bertempat di Dewan Asma' Abu Bakar. Para pelajar dikehendaki mengambil fail peribadi dan melangsaikan yuran tahunan sebelum majlis bermula. Pada sesi ini sebanyak 327 calon (SPM) yang mendaftar di Maahad Muhammadi Perempuan
Selepas itu, bacaan Doa Wehdah dilaungkan sebelum para pelajar memasuki dewan. Majlis dipengerusikan oleh Encik Azhar bin Yaakob. Selepas itu, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, Mudir MMP memberi sedikit sebanyak informasi tentang peningkatan peperiksaan pada sesi 2022\2023.
Tetamu kehormat pada majlis kali ini ialah YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Ya selaku Timbalan Yang Dipertua PIBG memberi nasihat kepada pelajar MMP supaya belajar bersungguh-sungguh agar memperoleh biasiswa untuk menyambung pembelajaran pada peringkat universiti secara tidak langsung dapat meringankan beban ibu bapa . Seterusnya majlis diteruskan dengan pengumuman nama-nama pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Seramai 11 orang pelajar yang memperoleh keputusan keseluruhan A, 3 orang memperoleh 11A, 9 orang memperoleh 10A, 17 orang memperoleh 9A, 15 orang memperoleh 8A, manakala 53 orang memperoleh 7A. Gred purata sekolah mencapai 3.20.
Kemudian para pelajar dikehendaki mengambil slip keputusan SPM dengan guru kelas masing-masing. Para guru berasa bangga dengan pencapaian yang dilakukan oleh anak murid mereka. Pada akhir ucapan Tuan Mudir, berpesan agar pelajar mengekalkan akhlak yang terpuji, rajin-rajinlah dalam menimba ilmu, hidup berlandaskan Islam dan semoga berjaya di dunia juga di akhirat. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi para pelajar bersama para pentadbir dan guru -guru.