MAJLIS HARI RAYA ALUMNI

 KHAMIS, 27 APRIL 2023 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Alumni 2023 bertempat di Dewan Fatimah Az-Zahra MMP. 

 

Bermula jam 9.45 pagi, tetamu dan vvip mulai hadir memenuhi ruangan dewan. Majlis dimulai dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkan oleh saudari Zulfa Afifah binti Mohammad Azrae yang merupakan pelajar Tingkatan Lima MMP.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa dan ucapan daripada Ustazah Asma’ Harun. Beliau turut menyeru rakan-rakan alumni meneruskan perjuangan dakwah Islam serta memberi sumbangan untuk sekolah ini yang terbukti telah melahirkan ramai tokoh dan ilmuan kepada negara. Seterusnya, diikuti dengan ucapan daripada Tuan Mudir MMP, iaitu Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman.

YB. Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad yang juga merupakan mantan Mudir MMP turut memberikan ucapan mengenai pelancaran sumbangan tabung dewan terbuka MMP.

 

 Majlis diakhiri dengan sesi memotong kek dan jamuan hari raya untuk para tetamu serta sesi bergambar mengikut batch. Tetamu mulai bersurai pada pukul 2 petang.