HARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STAM

SELASA , 18 APRIL 2023 – Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi sesi 2022/2023. Semua guru (STAM) dan calon seramai 56 orang berkumpul di Dewan Fatimah Az-Zahra' Maahad Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) sebelum jam 12:30 tengah hari. Encik Azhar bin Yaakob selaku pengerusi majlis memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, Mudir MMP . Beliau telah memberikan perincian tentang keputusan (STAM) bagi sesi 2022/2023. Pencapaian tertinggi dicatatkan oleh calon MMP ialah 8 Mumtaz yang diperoleh oleh 2 orang pelajar yang bernama Nor Batrisyia binti Atikullah dan Shofiah binti Zulkifli , diikuti oleh Nik Yasmeen Hanani binti Roslan dan Zulfa binti Mohd Yusoff yang memperoleh 7 Mumtaz. Seterusnya , Huurun Iin binti Mohd Su Azhar , Muslihah binti Baharuddin dan Nur Alia Aiman binti Ahmad Dahisam yang memperoleh 6 Mumtaz serta Umi Balqis binti Che Hazaha yang memperoleh 5 Mumtaz.

Selain itu , pelajar yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan adalah seramai 15 orang. Tuan mudir mengatakan bahawa "gagal sekali bukan bermakna akan gagal untuk selamanya".Majlis diteruskan dengan penyerahan sijil keputusan kepada para pelajar dengan sedikit cenderahati. Kemudian para pelajar bergerak ke kaunter pengambilan sijil-sijil persekolahan dengan guru kelas masing-masing.


Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama para pentadbir , guru-guru (STAM) dan para pelajar untuk dijadikan kenangan terakhir di zaman persekolahan mereka.