All Stories

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKAL

KHAMIS , 25 MEI 2023 – Majlis Meraikan Guru-guru Praktikum 2023 telah diadakan bagi menghargai jasa-jasa mereka yang berkhidmat sebagai guru pelatih di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) bermula 26 Mac sehingga 25 April 2023.

Majlis ini bermula sekitar jam 12 tengah hari, di kantin sekolah Maahad Muhammadi Perempuan.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Encik Mohamad Ameruddin bin Mustopa selaku wakil guru praktikal yang lain. Sedikit ringkasan daripada ucapannya sepanjang berkhidmat sebagai guru pelatih di MMP , mereka telah memperoleh banyak bimbingan dan tunjuk ajar dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang mampu membina negara bangsa.

Nama guru-guru pelatih yang terlibat dalam latihan mengajar di MMP ialah Aizat Hakimi bin Mohammad, Mohamad Ameruddin bin Mustopa, Muhammad Ikhwan Saniy bin Idris, Muhammad Luqman Hafifi bin Mohd Zaid, Nik Afiq bin Nik Mohd Zaid, Wan Ahmad Irfan bin Wan Hashim, Nur Atiqah binti Che Shamsuddin, Nur Razan Faiqah binti Zahili, Nur Alya Liyana binti Nasri, Nurul Alia binti Mohd Jaafar, Siti Zulaikha Khairunnisa binti Mohd Asri, Umi Rasyidah binti Mohd Salehin, Wan Adila binti Wan Zailani, Wan Nur Hamani binti Wan Ahmad, Wan Nurhasliza binti Wan Hassan dan Wan Siti Nurul Husna binti Wan Muhamad. Kesemua sekali ialah pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa-jasa yang diberikan oleh mereka sepanjang berkhidmat di Maahad Muhammadi Perempuan. Selamat Maju Jaya !

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22

SABTU, 20 MEI 2023 bersamaan dengan 29 Syawal 1444H - Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) telah mengadakan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke -22. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi, dengan tayangan video aktiviti pelajar. Seterusnya, ibu bapa yang hadir dijemput ke kaunter pendaftaran untuk serahan doorgift dan seterusnya dijemput ke Dewan Asma’. Antara VIP dan AJK PIBG yang hadir ialah, YBrs Tuan Haji Mohamad bin Ya selaku Timbalan Yang Dipertua PIBG dan YM Haji Engku Rajhan bin Engku Ismail Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), serta YB Dato’ Haji Mohd Amar bin Nik Abdullah selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Yang Dipertua PIBG MMP.

Pada pukul 9.30 pagi majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi majlis dan bacaan ayat suci al-Quran daripada wakil pelajar dari Tingkatan 2 . Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh, YM Haji Engku Rajhan bin Engku Ismail, Pengarah YIK dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Mohd Amar bin Nik Abdullah . Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama (STAM) kepada 6 orang pelajar mendapat pangkat MUMTAZ dan 17 orang pelajar yang mendapat pangkat JAYYID JIDDAN. Penyampaian hadiah diwakili oleh Puan Noorzila binti Yahya yang merupakan Penolong Kanan HEM. Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kecemerlangan terhadap 7 orang tenaga pengajar yang berjaya mencapai peratus kelulusan tertinggi iaitu 100%. Tuan Nik Emran bin Nik Mustapa selaku Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) sekolah dijemput selaku wakil untuk 8 mata pelajaran yang turut berjaya mencipta kenaikan gred purata mata pelajaran . Majlis ditangguhkan buat sementara untuk mudir mengiringi VIP untuk sesi persegaran pada pukul 10.30 pagi.

Sekitar 15 minit kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati beserta frame gambar kepada YM Pengarah. Slot kedua Mesyuarat Agung PIBG kali ke -22 diteruskan dengan lancar dengan beberapa agenda penting. Pembentangan usul berkenaan perancangan dewan terbuka disambut baik dengan pandangan yang positif daripada kedua-dua belah pihak. Sesi edaran tabung untuk pungutan derma secara ikhlas dan sukarela daripada semua tetamu jemputan dan ibu bapa mengakhiri agenda mesyuarat pada sekitar jam 12 tengah hari.

  

Seterusnya para VIP dan AJK PIBG bersama para guru dan ibu bapa dijemput ke jamuan tengah hari. Majlis berakhir sepenuhnya sekitar 1.00 tengah hari dan AJK guru mula mengemas dewan dan kawasan sekitar sepertimana asal.

 

MAJLIS HARI RAYA ALUMNI

 KHAMIS, 27 APRIL 2023 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Alumni 2023 bertempat di Dewan Fatimah Az-Zahra MMP. 

 

Bermula jam 9.45 pagi, tetamu dan vvip mulai hadir memenuhi ruangan dewan. Majlis dimulai dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkan oleh saudari Zulfa Afifah binti Mohammad Azrae yang merupakan pelajar Tingkatan Lima MMP.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa dan ucapan daripada Ustazah Asma’ Harun. Beliau turut menyeru rakan-rakan alumni meneruskan perjuangan dakwah Islam serta memberi sumbangan untuk sekolah ini yang terbukti telah melahirkan ramai tokoh dan ilmuan kepada negara. Seterusnya, diikuti dengan ucapan daripada Tuan Mudir MMP, iaitu Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman.

YB. Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad yang juga merupakan mantan Mudir MMP turut memberikan ucapan mengenai pelancaran sumbangan tabung dewan terbuka MMP.

 

 Majlis diakhiri dengan sesi memotong kek dan jamuan hari raya untuk para tetamu serta sesi bergambar mengikut batch. Tetamu mulai bersurai pada pukul 2 petang.

 

MAJLIS USRAH GURU DAN KAKITANGAN 2023

RABU, 12 APRIL 2023 - Majlis Usrah Guru dan Kakitangan Kali Pertama telah diadakan di Masjid Jamek Merbau Mahaad Muhammadi Perempuan. Majlis ini bermula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah. Setelah itu, usrah disampaikan oleh Ustaz Haji Fikri bin Hamad yang bertajuk "Ketaqwaan Seorang Insan" Beliau mengatakan bahawa "Setiap orang yang bertaqwa diberi petunjuk sebagai tujuan hidup menuju ke akhirat"

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Ustaz Haji FIkri bin Hamad.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023

KHAMIS, 11 MEI 2023 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Sambutan untuk para guru telah diadakan di Dewan Fatimah, manakala sambutan hari raya bagi pelajar bertempat di kelas masing-masing. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dengan bacaan Al-Quran. Majlis diteruskan dengan Ucapan Perutusan Hari Raya yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman selaku Mudir Maahad Muhammadi Perempuan.

Tepat jam 8.00 pagi para guru bergerak ke Dewan Fatimah manakala pelajar bergerak ke kelas masing-masing. Pelbagai jenis juadah telah disediakan oleh para pelajar seperti nasi impit, sate, ketupat dan lain-lain.

Pada pukul 10.00 pagi lawatan para guru ke 'rumah terbuka' pelajar untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya ini. Beberapa orang guru turut menjadi juri untuk pertandingan yang diadakan pada hari ini iaitu 'Pertandingan Rumah Terbuka' Tercantik'.

Majlis berakhir dengan ops bersih kelas oleh para pelajar pada jam 12.00 tengah hari.

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada hari ini dilihat dapat meningkatkan lagi kemesraan dan ukhuwah di kalangan warga Maahad Muhammadi Perempuan.

 

HARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STAM

SELASA , 18 APRIL 2023 – Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi sesi 2022/2023. Semua guru (STAM) dan calon seramai 56 orang berkumpul di Dewan Fatimah Az-Zahra' Maahad Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) sebelum jam 12:30 tengah hari. Encik Azhar bin Yaakob selaku pengerusi majlis memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, Mudir MMP . Beliau telah memberikan perincian tentang keputusan (STAM) bagi sesi 2022/2023. Pencapaian tertinggi dicatatkan oleh calon MMP ialah 8 Mumtaz yang diperoleh oleh 2 orang pelajar yang bernama Nor Batrisyia binti Atikullah dan Shofiah binti Zulkifli , diikuti oleh Nik Yasmeen Hanani binti Roslan dan Zulfa binti Mohd Yusoff yang memperoleh 7 Mumtaz. Seterusnya , Huurun Iin binti Mohd Su Azhar , Muslihah binti Baharuddin dan Nur Alia Aiman binti Ahmad Dahisam yang memperoleh 6 Mumtaz serta Umi Balqis binti Che Hazaha yang memperoleh 5 Mumtaz.

Selain itu , pelajar yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan adalah seramai 15 orang. Tuan mudir mengatakan bahawa "gagal sekali bukan bermakna akan gagal untuk selamanya".Majlis diteruskan dengan penyerahan sijil keputusan kepada para pelajar dengan sedikit cenderahati. Kemudian para pelajar bergerak ke kaunter pengambilan sijil-sijil persekolahan dengan guru kelas masing-masing.


Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama para pentadbir , guru-guru (STAM) dan para pelajar untuk dijadikan kenangan terakhir di zaman persekolahan mereka.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UJIAN AKHIR SEMESTER (UASA) & PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER AKEDEMIK (PASA) 2022

ISNIN , 10 APRIL 2023 - Maahad Muhammadi Perempuan ( MMP ) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Akhir Semester Akedemik (UASA) & Peperiksaan Akhir Semester Akedemik (PASA) 2022 yang bertempat di medan thobur pada pukul 8:00 pagi tadi.

Bacaan Al - Quran dan tafsir ayat yang merupakan rutin bagi pelajar MMP setiap pagi menjadi pembuka majlis . Seterusnya , majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kecemerlangan kepada pelajar yang berjaya memperolehi keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan yang lepas.

Penyampaian itu disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Pakhruddin Bin Deraman, Pengetua MMP dan Puan Noorzila Binti Yahya, Penolong Kanan Hem.

 

 

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan pelajar yang cemerlang serta memberi motivasi dan semangat untuk pelajar lain agar berlumba - lumba mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan akan datang.

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PIMPINAN PELAJAR DAN PELANCARAN LIQA' FIKRI TAHUN 2023/2024

ISNIN , 8 MEI 2023 - Isnin, 8 Mei 2023 bersamaan dengan 17 Syawal 1444H, Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Majlis  Penyerahan  Watikah Pelantikan dan Pelancaran Liqa' Fikri tahun 2023/2024 di Dewan Asma' Abu Bakar , MMP pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 tengah hari . Antara tetamu yang hadir YBRS, Ustaz Harun bin Ismail selaku penolong pengarah  ( hal ehwal murid ) YIK  dan YB, Haji  Zuraidin bin Abdullah selaku timbalan pengerusi jk belia, sukan dan ngo kerajaan Kelantan  . Majlis ini bertemakan ' Pimpinan Berkaliber Tunjang Generasi Rabbani ‘ .

Majlis dimulai dengan bacaan  ayat suci al-Quran oleh pelajar tingkatan lima . Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, pengetua MMP . Beliau berkata bahawa kepimpinan di Maahad Muhammadi Perempuan telah melahirkan generasi rabbani iaitu generasi yang amanah, bertanggungjawab serta dapat menampilkan diri dalam apa jua keadaan . Seterusnya ucapan oleh YBRS, Ustaz Harun bin Ismail . Beliau mengatakan bahawa setiap apa yang dilakukan oleh para pemimpin akan sentiasa diberkati dan mendapat pertolongan daripada ALLAH SWT .

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB, Haji Zuraidin Bin Abdullah dan diteruskan dengan gimik perasmian watikah pelantikan dan pelancaran usrah serta penyerahan watikah kepada setiap ketua badan induk . Selepas itu, ketua pelajar memberi sedikit ucapan dan berikrar bersama dengan para pemimpin yang lain .

Majlis diakhiri dengan nasyid bertajuk Al-Amal dan semua guru dan pelajar diminta bersurai .

 

MAJLIS HARI AKHIR THUMBPRINT GURU BERSARA

SELASA, 18 APRIL 2023 - Barisan Pentadbir Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) telah mengadakan Majlis Hari akhir 'thumbprint'  kepada dua orang guru yang bersara. Guru yang akan bersara ialah Puan Wan Nor Aziah binti Wan Ibrahim dan Puan Ramalah binti Mohamed.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis yang dipimpin oleh tuan mudir MMP, iaitu Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman dan diteruskan dengan ucapan daripada beliau serta ucapan daripada pentadbir-pentadbir lain.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Puan Wan Nor Aziah binti Wan Ibrahim dan Puan Ramalah Binti Mohamed tentang pengalaman mereka sepanjang mereka berkhidmat di MMP.