Pada 24 Disember 2020 Unit Kebersihan dan Keceriaan Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan program gotong royong perdana di kalangan guru-guru dan kakitangannya semperna menyambut tahun baru 2021 yang akan tiba tidak lama lagi . Aktiviti ini tidak disertai oleh pelajar-pelajar kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan . Segala SOP telah dipatuhi sepanjang aktiviti ini dijalankan .
Pada pukul 8.30 pagi semua guru-guru dan kakitangan yang hadir telah mendaftarkan diri dan berkumpul di Dewan Fatimah az-Zahra untuk mendengar taklimat daripada penyelaras gotong royong . Mereka kemudiannya dibahagikan mengikut beberapa kumpulan .
Pada pukul 10 pagi , gotong royong bemula . Antara kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan ialah Blok A , Blok B , Blok C , kantin dan lain-lain . Kesemua peserta telah memberikan kerjasama yang amat baik . Terdapat juga askar-askar yang turut membantu untuk menjayakan aktiviti ini . Aktiviti gotong royong akhirnya tamat pada pukul 1 petang dengan sedikit jamuan oleh pihak sekolah.