All Stories

KURSUS PROFESIONALISME GURU-GURU MMP

  26 September, 2020 - Maahad Muhammadi Perempuan telah melangsungkan Kursus Profesionalisme Guru-Guru bagi tahun 2020. Majlis berlangsung di Dewan Asma' dan dihadiri oleh 114 orang guru. Slot pertama dimulakan dengan ucapan daripada Prof. Madya Dr. Haji Yahya bin Don pada jam 08.45. Tajuk ucapan beliau merupakan " Kepimpinan Guru Pasca COVID-19". Ucapan berjalan selama 1 jam 45 minit sebelum guru-guru diberikan waktu untuk berehat dan makan selama 30 minit.

 

   

 

Ucapan diteruskan oleh Prof. Dr. Madya bin Haji Don diteruskan lagi dalam slot kedua pada jam 11.00. Ucapan beliau berakhir pada jam 12.30 tengahari, Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Derahman memberi ucapan aluan bagi Majlis Perasmian Penutup. seterusnya, majlis diterukan dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Ynag Mulia, Engku Rajhan Engku Ismail.

   

 

Guru-guru menerima sijil dan cenderahati sebagai tanda penghargaan. Kursus diakhiri dengan sesi bergambar antara guru-guru dan AJK Pelaksana. Guru-guru dijemput untuk makan tengahari bersama dan dibenarkan bersurai.

                                                                

 

PERTANDINGAN SPBT

 

21/11/2020-Beberapa orang pengarah YIK telah mengadakan lawatan ke Maahad Muhammadi Perempuan tepat pada pukul 9:00 pagi untuk memeriksa dokumen-dokumen penting berkaitan buku teks sekolah di bilik buku teks sekolah (BOSS) bersempena dengan Pertandingan SPBT yang dianjurkan yang disertai Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajah Norzila binti Yahya dan guru-guru yang lain.

 

 

Setelah selesai pemeriksaan, Wakil daripada bilik BOSS iaitu ustazah Ismah memberikan sedikit sagu hati daripada bilik BOSS dan Maahad Muhammadi Perempuan kepada pengarah-pengarah yang hadir.

CERAMAH MOTIVASI

 

 Ceramah motivasi telah diadakan pada hari Selasa, bertarikh 9 September 2020 bersamaan 20 Muharram 1441H. Ceramah ini diadakan di Dewan Asma’ Binti Abu Bakar, Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu dan bermula pada pukul 8:40 pagi.

                                           

MAJLIS JALINAN UKHUWAH MAAHAD MUHAMMADI

16 Ogos 2020 – Pihak alumni Maahad Muhammadi telah bekerjasama dengan pihak Maahad Muhammadi Perempuan untuk menjayakan Majlis Jalinan Ukhuwah Maahad Muhammadi.Majilis ini bermula pada pukul 10:30 pagi dan dimulai dengan ucapan Pengerusi Alumni Maahad Muhammadi.

                                                          

                                                  

JAMUAN TUAN MUDHIR BERSAMA PENGARAH YIK

 

8/11/2020-Warga Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan jamuan kecil-kecilan yang disertai oleh YBRS TN HAJI AHMAD PAKHRUDIN dan pengarah-pengarah yik yang lain pada pukul 1:oo petang.Jamuan ini juga dimeriahkan dengan kedatangan bekas pengetua Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Tuan Haji Mansor bin Haji Daud.

 

Setelah selesai YBRS TN HAJI PAKHRUDDIN dan barisan penolong kanan menyambut tetamu yang terakhir,majlis diteruskan dengan sedikit juadah yang disediakan oleh pihak kantin kepada mereka.Mereka saling bertegur sapa antara satu sama lain dengan mesra.Begitu jelas terpancar kebahagiaan di wajah YBRS TUAN HAJI PAKHRUDIN  apabila dapat bertemu dengan pihak-pihak yang terlibat.Mereka menikmati juadah sambil berbicara dengan santai.

 

e

 

MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA BAHARU

 

 

9/8/2020 - Warga Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan majlis sambutan pengetua baharu pada hari ini.Kedatangan pengetua baharu,YBRS TN HAJI AHMAD PAKHRUDDIN BIN DERAMAN disambut dengan penuh meriah oleh para guru MMP.YBRS TN HAJI AHMAD PAKHRUDDIN dan pengarah-pengarah yik yang lain telah tiba di perkarangan MMP pada pukul 12.00 tengah hari dan disambut dengan jamuan kecil-kecilan yang disediakan oleh pihak sekolah.

 

 

Selepas selesai menjamu selera,beliau dibawa untuk melihat kawasan-kawasan sekolah dan akhirnya telah dibawa ke bilik pengetua.Para guru MMP telah memperkenalkan sekolah dengan penuh mesra sekali. Beliau berkata beliau sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh pihak sekolah.Menurutnya,beliau akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membimbing guru-guru dan pelajar selaras dengan kepercayaan yang diberikan.Katanya juga,walaupun baru memulakan tugas,tetapi keserasian antara mereka sudah ada. 

 

Sous-catégories

PAUTAN SEKOLAH YIK

Maahad Muhammadi Lelaki KTSNA          

Waktu Solat

Bachok,Kota Bharu,Machang,Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah Merah,Tumpat,Kuala Krai,Mukim Chiku
29 Zulkaedah 1443
05:36
Imsak
05:46
Subuh
07:01
Syuruk
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:30
Maghrib
20:42
Isyak