All Stories

PROGRAM RAUDHATUL MAHABBAH BAGI SESI 2021

                                        

26 FEBRUARI 2021— Maahad Muhammadi Perempuan  mengadakan minggu orientasi ataupun Program Raudhatul Mahabbah untuk menyambut pelajar-pelajar yang baru masuk ke Tingkatan 1 bagi sesi 2021.

                       

Program Raudhatul Mahabbah ini sedang berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Jummat (26/2/2021) dan Sabtu (27/2/2021).

                       

Program ini mencatat sejarah yang tersendiri kerana ianya dijalankan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan Telegram.

Para pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2021 sangat bersemangat dan teruja untuk mengenali MMP dengan lebih mendalam lagi.

                       

Tema program Raudhatul Mahabbah pada tahun ini ialah Taarafu Tahabbu yang bermaksud jika engkau mengenali, engkau akan menyintai. Program Radhatul Mahabbah ini diianjurkan bersama oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling UBKK dan Unit HEM MMP.

                       

PENGGAMBARAN JEJAK RASUL TV3 DI MMP

                                       

                                       

23 FEBRUARI 2021- Maahad Muhammadi Perempuan sangat bertuah dengan kehadiran krew TV3 dan telah terpilih untuk menjadi salah satu siri dalam Jejak Rasul.

                                        

                                       

                                        

Suasana pembelajaran dalam kelas turut menjadi rakaman pada hari itu dituruti juga dengan kelas hafazan oleh ustaz Wan Khairul Anuar Abdul Manaf. 

                                         

Krew TV3 juga menemu bual beberapa tokoh yang banyak memberi jasa kepada sekolah Maahad Muhammadi Perempuan ini. Sesi temu bual diakhiri dengan menemu bual pengetua MMP,Tn.Haji Pakhruddin bin Deraman.

                                        

                                       

Doa wehdah turut dialunkan oleh pelajar tingkatan 6 yang akan menghadapi peperiksaan STAM yang bertempat di padang sekolah.Krew TV3 juga mengadakan sesi penggambaran penulisan khat bersama juara khat MISMAM,Nik Magfirah di 4 khadijah 4. Akhir sekali,krew TV3 menikmati sedikit juadah yang disediakan oleh pihak sekolah sebelum pulang.

USRAH GURU MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

Pada 27 Oktober 2020 Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan usrah guru buat kali kedua secara bersederhana bertempat di Dewan Asma Abu Bakar. Guru-guru telah diarahkan untuk ke masjid terlebih dahulu untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah.

 

 

Pada pukul 1.30 petang , guru-guru mula bergerak ke dewan untuk mendengar ceramah daripada AL-FADHIL USTAZ ILLIAS BIN AHMAD yang merupakan ketua unit jaminan kualiti KIAS.Beliau telah menyampaikan pelbagai ilmu baru kepada para guru.

 

 

2 majlis telah diadakan secara serentak iaitu termasuklah majlis maulidul rasul dan taklimat guru.Sebelum bermulanya ceramah guru-guru telah mengadakan perbincangan mengenai buku catatan PDP dan juga berlangsungnya taaruf untuk guru-guru baru di Maahad Muhammadi Perempuan. Majlis berjalan dengan lancar sehinggalah pada pukul 2.40 petang.Selepas itu,guru-guru dijemput ke kantin untuk menjamu sedikit makanan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

 

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR STAM 2020

5 Oktober 2020, Isnin- Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan satu ceramah motivasi yang bertajuk "Memugar Kebertokohan Diri Melalui Kecemerlangan Akademik" . Ceramah ini khususnya untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 yang bakal menduduki STAM. Ceramah ini berlangsung pada jam 8:00 pagi di Dewan Asma' Abu Bakar.

 Ceramah sesi pertama yang disampaikan oleh Dr.Hj. Abdullah bin Yusoff telah bermula pada pukul 8:30 pagi .Sesi kedua pula disampaikan oleh YB Hjh. Mumtaz Bt Md Nawi yang bermula pada pukul 10:30 pagi. Beliau merupakan pengerusi jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

 

      

Pada jam 11:45 pagi, ceramah diteruskan dan berakhir pada 1:30 tengah hari. Pelajar juga diberikan peluang untuk bertanya tentang pelajaran mereka.

 

 

Sekalung penghargaan diucapkan kepada penceramah yang sudi meluangkan masa mereka bersama para pelajar.

 

 

HARI PENDAFTARAN ASRAMA BAGI SESI 2021


ISNIN,18 JANUARI 2021-Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan hari pendaftaran bagi kemasukan pelajar asrama yang berlangsung selama dua hari.

  

 

 

Sesi pendaftaran pada 18 Januari 2021 telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang manakala pada 19 Januari 2021,hanya berlansung satu sesi iaitu 9:30 pagi hingga 1 tengah hari.

 

 

Guru-guru bertugas mengambil bacaan suhu pelajar di pintu pagar utama sekolah. 

 

 

 

 

 
Selain itu,guru-guru bertugas dan pihak berkuasa juga turut memberikan kerjasama untuk memantau keadaan lalu lintas.

 

 

Ibu bapa tidak dibenarkan untuk turun daripada kereta dan menghantar pelajar ke pintu pagar asrama.Sebaliknya,ibu bapa perlulah menurunkan pelajar didataran pandu lalu.Dataran pandu lalu dikawal oleh guru-guru yang bertugas serta polis bantuan.

 

 

 

 

Apabila pelajar sampai di pintu pagar asrama,mereka perlu menyerahkan borang pendaftaran kepada guru yang bertugas.Guru yang bertugas akan merekodkan kemasukan pelajar ke asrama.Pelajar yang perlu dikuarantin akan diuruskan oleh guru yang bertugas.Sebarang pengumuman yang berkaitan akan dimaklumkan kepada pelajar.

MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL 2020

     Maahad Muhammadi Perempuan telah terpilih untuk menyertai program Malaysia Future Leaders School 2020 . Program ini diadakan dari 18 Oktober 2020 sehingga 22 Oktober 2020.  Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di seluruh Malaysia.  Program ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin belia yang boleh menyumbang sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan di peringkat antarabangsa di samping membentuk generasi belia yang lebih berwawasan dan tinggi nilai jati diri . 

   

     

   Sekolah telah memilih 10 orang pelajar tingkatan 3 iaitu:

1) Siti Nur Farihin Binti Habib Ismail 

2) Nurul Hakimah Binti Ahmad Nubli 

3) 'Afaf Binti Abdul Latiff 

4) Wan Nur Aleya Nabila Binti Wan Kadir 

5) Za'alia Nuha Binti Zahran 

6) Noratilah Sajwa Binti Imanordin 

7) Nuraisyah Nuha Binti Mohd Afandy 

8) Afaf Nisreen Binti Ahmad Norisham 

9) Damia Hanim Binti Mohd Fadzli 

10) Nurarwini Binti Mazlan 

 Program bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang . Majlis penutupan telah diadakan pada 22 Oktober 2020 di Bilik ICT Maahad Muhammadi Perempuan. 

 

USRAH GURU DAN PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

                                              

Pada 30 September 2020 Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan usrah guru dan pelajar.Sepanjang usrah ini berlangsung pelajar dan guru telah mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan untuk memastikan para guru dan pelajar terhindar daripada penyakit COVID-19.

 

            

 

Usrah guru berlangsung selama 1jam 15minit iaitu bermula pada pukul 1.30petang sehingga 2.45petang.Penceramahnya ialah YB Sahibul Fadhilah Dato Haji Nik Abdul Kadir Bin Haji Nik Mohamad yang merupakan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.

  

Beliau tiba di perkarangan sekolah pada pukul 12.30 tengahari.Beliau telah dijemput untuk menjamu selera dahulu sebelum menunaikan solat zohor berjemaah.Usrah ini telah diadakan di Dewan Asma dengan tajuk 'Jika Tidak Kerana Guru Aku Tidak Akan Mengenal Tuhanku'.Usrah ini telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan MMP (BAKEG).

 

Manakala usrah pelajar pula bermula pada pukul 1.00 petang sehingga pukul 2.00 petang.Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan sesi usrah berlangsung dan mereka dipimpin oleh naqibat masing-masing. 

 

UJIAN BERTULIS KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 2021

SABTU,26 DISEMBER 2020- Telah berlansungnya ujian bertulis bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 bagi sesi persekolahan pada 2021. Pada pukul 8:30 pagi, kenderaan ibu bapa mula memasuki pagar.

 

 

Pihak sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan para ibu bapa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

 

 

Ibu bapa tidak dibenarkan turun dari kenderaan untuk menghantar para pelajar ke dewan peperiksaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Mereka perlu menurunkan para pelajar di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

 

 

Calon diminta mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka. Para pelajar harus mendaftarkan diri sebelum memasuki dewan peperiksaan. Mereka diharuskan memeriksa suhu dan mengsanitasikan tangan mereka terlebih dahulu.

  

 

Pada pukul 10:30 semua pelajar telah memasuki dewan peperiksaan untuk menduduki ujian penulisan.Mereka diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk menduduki ujian bertulis.

 

  

Pada pukul 12 tengah hari, para pelajar telah selesai menduduki ujian bertulis. Pelajar dilepaskan secara bergilir-gilir mengikut nombor rujukan mereka. Bagi pelajar yang belum menduduki ujian lisan, mereka diminta berkumpul di hadapan blok C iaitu di hadapan astaka. Ujian lisan diadakan tepat pukul 12:30 tengah hari. Ibu bapa diminta untuk mengambil anak di tempat menunggu bagi mengelakkan kesesakan di dalam sekolah.

 

 

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya memasuki Maahad Muhammadi Perempuan pada tahun hadapan !

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG UJ II

 

 

11 Oktober 2020 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan perhimpunan mengikut SOP sepertimana yang disarankan sempena majlis penyampaian hadiah untuk para pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam Ujian Pengesanan Kedua (UJII) pada bulan September yang lepas. Pada jam 08:10 majlis dimulakan dengan asmaul husna dan nasyid sekolah.

Semua guru dan pelajar yang terlibat diarahkan memakai pelitup muka sebelum ke medan thobur. Pihak sekolah mengagihkan pelitup muka bagi pelajar yang tiada pelitup muka. Pada jam 08:15 Tuan Pengetua menyampaikan ucapan ringkas berkenaan peperiksaan yang berkaitan iaitu SMU, SPM dan STAM.

 

 

Tepat jam 08:30 pagi Tuan Pengetua diiringi PKP dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Golongan pelajar yang terlibat adalah mereka yang cemerlang dari tingkatan 4,5 dan 6 untuk menjayakan majlis ini.

 

 

Setelah sesi penyampaian hadiah selesai pelajar-pelajar yang terlibat bersama guru-guru berkumpul bagi menyempurnakan sesi penggambaran. Selepas itu, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) memberi sedikit taklimat berkaitan peperiksaan lisan yang akan diduduki oleh pelajar tingkatan 4 mulai esok.

 

 

Selesainya taklimat ringkas daripada  PKP, majlis perhimpunan ditangguh dan semua pelajar dibenarkan bersurai ke kelas masing-masing.

 

 

THOBUR PERTAMA (SESI 1&2) SELEPAS COVID-19

28 September 2020 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan perhimpunan untuk kali pertama selepas Covid-19. Perhimpunan diadakan supaya guru-guru dapat memberikan maklumat kepada para pelajar. Namun, disebabkan terdapatnya halangan Covid-19, perhimpunan pada kali ini diadakan dalam 2 sesi iaitu sesi pertama (Tingkatan 5&6) dan sesi kedua (Tingkatan 4).

                                                 

 

Semua guru-guru dan pelajar yang terlibat diarahkan untuk memakai pelitup muka sebelum memasuki dewan. Pihak sekolah akan mengagihkan pelitup muka bagi pelajar yang tiada pelitup muka.

 

                                                   

 

Semua pelajar bagi sesi pertama diminta berkumpul di Dewan Asma' pada pukul 8:30 pagi. Majlis dimulai dengan nasyiddul sobbah dan asma'ul husna. Kemudian, Ustazah Azlina bt Omar selaku PKKO Maahad Muhammadi Perempuan, memberikan sedikit taklimat kepada pelajar mengenai SOP yang perlu dipatuhi oleh para pelajar.

                                                   

 

Ucapan diteruskan oleh PKHEM, Ustazah Norzila bt Yahya. Seterusnya,ucapan disampaikan oleh PKP, Nik Emran bin Nik Mustafa dan diakhiri dengan ucapan daripada Tuan Pengetua, Ustaz Pakhrudddin bin Deraman. Maka, berakhirlah thobur sesi yang pertama.

 

                                                 

 

Sesi yang kedua pula diteruskan pada pukul 11:00 pagi. Majlis dimulai dengan bacaan surah al-fatihah. Kemudian, Ustazah Hasnin selaku Pegawai SOP Maahad Muhammadi Perempuan.

 

                                                   

Beliau menerangkan beberapa peraturan yang perlu pelajar patuhi untuk mencegah rangkaian Covid-19. Seterusnya, ucapan dari Penolong Kanan Kokurikulum dan juga diakhiri dengan ucapan Tuan Pengetua.

 

                                                    

Gotong Royong Perdana 2020

 Pada 24 Disember 2020 Unit Kebersihan dan Keceriaan Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan program gotong royong perdana di kalangan guru-guru dan kakitangannya semperna menyambut tahun baru 2021 yang akan tiba tidak lama lagi . Aktiviti ini tidak disertai oleh pelajar-pelajar kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan . Segala SOP telah dipatuhi sepanjang aktiviti ini dijalankan . 

                                             

                                             

Pada pukul 8.30 pagi semua guru-guru dan kakitangan yang hadir telah  mendaftarkan diri dan berkumpul di Dewan Fatimah az-Zahra untuk mendengar taklimat daripada penyelaras gotong royong . Mereka kemudiannya dibahagikan mengikut beberapa kumpulan .

                                         

 

                                          

Pada pukul 10 pagi , gotong royong bemula . Antara kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan ialah Blok A , Blok B , Blok C , kantin dan lain-lain . Kesemua peserta telah memberikan kerjasama yang amat baik . Terdapat juga askar-askar yang turut membantu untuk menjayakan aktiviti ini . Aktiviti gotong royong akhirnya tamat pada pukul 1 petang dengan sedikit jamuan oleh pihak sekolah.

                                                

                                               

MAJLIS PENYERAHAN WAQAF AL QURAN

RABU,08 OKTOBER 2020- Alhamdulillah telah berlangsung suatu majlis yang amat bermakna bagi pihak sekolah dan para pelajar MMP iaitu  Majlis Penyerahan Waqaf Al Quran pada 20 Safar 1442H. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat MMP bermula pada pukul  11 pagi bertemakan ‘ Satu Pelajar Satu Al Quran ( Al Quran Dihatiku ) '.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci AlQuran dan ucapan aluan daripada Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Tuan Pakhruddin bin Deraman . Ucapan perasmian disempurnakan oleh YBrs Dato’ Haji Mohd Nazry bin Mohamad Nor iaitu Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Kelantan.

Seterusnya, sesi penyerahan Al Quran kepada wakil-wakil pelajar di lakukan setelah selesai ucapan perasmian. Sebagai tanda penghargaan, Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan telah menyampaikan cenderahati kepada perasmi dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama.

Insyallah dengan wakaf AlQuran ini, adalah diharapkan penghayatan terhadap isi kandungan AlQuran dalam kehidupan akan lebih digiatkan dalam kalangan pelajar-pelajar.

 

 

MAJLIS KACAU SURO UNIT PEMBANGUNAN BERSAMA PEMBANTU AWAM

                                                           

                 Pada 27 September 2020, telah berlansungnya Majlis Kacau Suro yang telah dianjurkan oleh Unit Pembangunan bersama Pembantu Awam .

 

                                      

  Majlis ini bertujuan untuk merealisasikan ukhuwwah dengan melaksanakan aktiviti bersama-sama. YBrs Pengetua Alfadhil Ustaz Pakhruddin bin Deraman turut meluangkan masa bersama para kakitangan untuk menjayakan majlis . 

                                                                 

                                              Majlis berakhir dengan majlis makan suro pada jam 2:30 petang. 

Sous-catégories

PAUTAN SEKOLAH YIK

Maahad Muhammadi Lelaki KTSNA          

Waktu Solat

Bachok,Kota Bharu,Machang,Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah Merah,Tumpat,Kuala Krai,Mukim Chiku
29 Zulkaedah 1443
05:36
Imsak
05:46
Subuh
07:01
Syuruk
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:30
Maghrib
20:42
Isyak