All Stories

PIBG

JAWATANKUASA PIBG

 

BIL NAMA JAWATAN
1 YB. DATO' HJ. MOHD AMAR BIN HJ. NIK ABDULLAH YDP
2 HJ. MOHAMED BIN YA TIMBALAN YDP
3 HJ. MOHD MANSOR BIN HJ. DAUD PENASIHAT
4 NIK EMRAN@NIK MUHAMMAD BIN NIK MUSTAPHA SETIAUSAHA
5 ROSLI BIN YUSOFF PEN. SETIAUSAHA
6 DR. NAZMI BIN GHAZALI AJK
7 DR. AZMAN BIN CHE OMAR AJK
8 MOHD SHUKRI BIN ABDUL RAHMAN AJK
9 ROHANA BINTI CHE JUSOH AJK
10 DR. NIK YUSRI BIN MUSA AJK
11 DR. AHMAD MUNAWWIR BIN HUSSIN AJK
12 ROSLI BIN CHE SOH AJK
13 NOOR ZILA BINTI YAHYA EX-OFFICIO
14 NORAZLINA BINTI OMAR EX-OFFICIO
15 WAN AZMI BIN WAN HARUN EX-OFFICIO
16 WAKIL YIK EX-OFFICIO
PIBG

GOTONG-ROYONG MMP

 

 Pada 13 Julai 2020 bersamaan 21 Zulqaedah 1441H , aktiviti gotong-royong telah diadakan di maahad muhammadi perempuan. Gotong-royong ini dimulakan pada pukul 10:30 pagi . Aktiviti ini melibatkan para pelajar serta guru-guru MMP 

 

Para pelajar diminta untuk membersihkan kelas masing-masing yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah . 

Gotong-royong ini berakhir pada pukul 1:30 petang 

                                          

GOTONG-ROYONG MMP

JAMUAN TUAN MUDHIR BERSAMA PENGARAH YIK

 

8/11/2020-Warga Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan jamuan kecil-kecilan yang disertai oleh YBRS TN HAJI AHMAD PAKHRUDIN dan pengarah-pengarah yik yang lain pada pukul 1:oo petang.Jamuan ini juga dimeriahkan dengan kedatangan bekas pengetua Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Tuan Haji Mansor bin Haji Daud.

 

Setelah selesai YBRS TN HAJI PAKHRUDDIN dan barisan penolong kanan menyambut tetamu yang terakhir,majlis diteruskan dengan sedikit juadah yang disediakan oleh pihak kantin kepada mereka.Mereka saling bertegur sapa antara satu sama lain dengan mesra.Begitu jelas terpancar kebahagiaan di wajah YBRS TUAN HAJI PAKHRUDIN  apabila dapat bertemu dengan pihak-pihak yang terlibat.Mereka menikmati juadah sambil berbicara dengan santai.

 

e

 

MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA BAHARU

 

 

9/8/2020 - Warga Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan majlis sambutan pengetua baharu pada hari ini.Kedatangan pengetua baharu,YBRS TN HAJI AHMAD PAKHRUDDIN BIN DERAMAN disambut dengan penuh meriah oleh para guru MMP.YBRS TN HAJI AHMAD PAKHRUDDIN dan pengarah-pengarah yik yang lain telah tiba di perkarangan MMP pada pukul 12.00 tengah hari dan disambut dengan jamuan kecil-kecilan yang disediakan oleh pihak sekolah.

 

 

Selepas selesai menjamu selera,beliau dibawa untuk melihat kawasan-kawasan sekolah dan akhirnya telah dibawa ke bilik pengetua.Para guru MMP telah memperkenalkan sekolah dengan penuh mesra sekali. Beliau berkata beliau sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh pihak sekolah.Menurutnya,beliau akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membimbing guru-guru dan pelajar selaras dengan kepercayaan yang diberikan.Katanya juga,walaupun baru memulakan tugas,tetapi keserasian antara mereka sudah ada. 

 

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA & GURU-GURU MMP

                                                                                   ''Sekalung Budi Semurni Kasih Seharum Nama Jasamu Dikenang"

                                                       

Rabu – 1 Jun 2020 bersamaan 9 Zulkaedah 1441H,telah diadakan majlis persaraan Pengetua sekolah,Tuan Hj Mohd Mansor b Hj Daud serta guru-guru MMP iaitu Pn. Rahiah bt Mohamad,Pn Kamariah bt Mahmood dan Cg. Azmi b Daud dalam keadaan yang begitu meriah.Majlis dimulakan dengan perarakan masuk ke Dewan Asma’ diiringi oleh guru-guru pembawa dulang hantaran hadiah.

                                                      

Aturcara majlis dimulakan tepat jam 8:50 pagi dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustaz Mursyid bagi memberkati majlis.Majlis diteruskan dengan ucapan wakil ketua pelajar.

                                                     

                                                   

Acara diteruskan dengan ucapan guru-guru bersara yang diraikan.Cikgu Rahiah telah berkhidmat di MMP selama 35 tahun.Beliau bersama guru-guru lain yang berasa sedih dan sayu untuk meninggalkan sekolah kerana banyak kenangan manis telah tercipta semasa berkhidmat di MMP.

                                                   

Seterusnya,acara diteruskan dengan ucapan terakhir dan istimewa oleh Tuan Pengetua.Harapan beliau agar MMP terus cemerlang dan beliau sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan para pelajar.

                                                     

                                                    

Agenda seterusnya ialah tayangan video yang disediakan oleh unit redaksi.Akhirnya ialah acara penyampaian cenderahati perpisahan oleh unit-unit sekolah sebagai tanda kenang-kenangan kepada para guru yang bersara.Acara kemuncak ialah lambaian kasih daripada warga MMP.Tuan Pengetua diiringi perarakan kereta kuda manakala guru-guru lain menaiki beca berhias.Majlis berakhir dengan jamuan bersama para guru di kantin sekolah.

                                                    

Segala jasa dan pengorbanan Guru-guru sekalian akan sentiasa dikenang.Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Selamat berehat dan menikmati waktu yang berharga selepas bersara bersama keluarga tercinta dalam keadaan aman dan diberkati Allah hendaknya sentiasa.

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA & GURU-GURU MMP

Sous-catégories

WAKTU SOLAT

Bachok,Kota Bharu,Machang,Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah Merah,Tumpat,Kuala Krai,Mukim Chiku
6 Rabiul Awal 1444
05:41
Imsak
05:51
Subuh
06:59
Syuruk
13:03
Zohor
16:16
Asar
19:04
Maghrib
20:09
Isyak

PAUTAN SEKOLAH YIK

Maahad Muhammadi Lelaki KTSNA