UJIAN BERTULIS KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 2021

SABTU,26 DISEMBER 2020- Telah berlansungnya ujian bertulis bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 bagi sesi persekolahan pada 2021. Pada pukul 8:30 pagi, kenderaan ibu bapa mula memasuki pagar.

 

 

Pihak sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan para ibu bapa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

 

 

Ibu bapa tidak dibenarkan turun dari kenderaan untuk menghantar para pelajar ke dewan peperiksaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Mereka perlu menurunkan para pelajar di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

 

 

Calon diminta mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka. Para pelajar harus mendaftarkan diri sebelum memasuki dewan peperiksaan. Mereka diharuskan memeriksa suhu dan mengsanitasikan tangan mereka terlebih dahulu.

  

 

Pada pukul 10:30 semua pelajar telah memasuki dewan peperiksaan untuk menduduki ujian penulisan.Mereka diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk menduduki ujian bertulis.

 

  

Pada pukul 12 tengah hari, para pelajar telah selesai menduduki ujian bertulis. Pelajar dilepaskan secara bergilir-gilir mengikut nombor rujukan mereka. Bagi pelajar yang belum menduduki ujian lisan, mereka diminta berkumpul di hadapan blok C iaitu di hadapan astaka. Ujian lisan diadakan tepat pukul 12:30 tengah hari. Ibu bapa diminta untuk mengambil anak di tempat menunggu bagi mengelakkan kesesakan di dalam sekolah.

 

 

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya memasuki Maahad Muhammadi Perempuan pada tahun hadapan !