RABU , 27 APRIL 2022 – Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran telah diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan sebagai penutup kepada bulan Ramadan yang bakal berakhir beberapa hari lagi. Majlis ini bermula pada pukul 9:00 pagi melibatkan semua pelajar MMP. Pelajar-pelajar dikehendaki membaca al-Quran di kelas masing-masing.
Seterusnya, pelajar-pelajar bergerak ke Masjid Jame' Merbau Al-Isma'ili tepat pukul 11:30 pagi. Sementara menunggu majlis tersebut dimulakan , para pelajar membasahkan lidah dengan zikrullah dan bacaan ayat suci al-Quran.
Majlis Khatam al-Quran diketuai oleh Ustaz Badrul Hisham bin Sulaiman . Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutup sempena penutup Ihya Ramadan oleh tuan mudir .
Kutipan sumbangan sebanyak RM 20,309.80 dari pelbagai pihak sepanjang Ramadan telah mendatangkan manfaat kepada 103 orang pelajar . Majlis diakhiri dgn solat zuhur secara berjemaah.