PROGRAM MOTIVASI SMU 2022

 

RABU, 18 Mei 2022- Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Maahad Muhammadi Perempuan telah menganjurkan sebuah program motivasi Sijil Menengah Ugama kepada semua pelajar tingkatan 4 bertempat di Dewan Asma' Abu Bakar. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk meyakinkan pelajar supaya terus belajar di MMP sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Program ini juga telah dibahagikan kepada dua slot di mana slot pertama bagi pelajar aliran sains manakala slot kedua bagi pelajar aliran akaun dan aliran ekonomi.

 

Program dibuka dengan bacaan surah al-Fatihah dan ucapan pendahuluan daripada pengerusi majlis. Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan aluan guru UBKK tentang kepentingan mengetahui minat pelajar dalam sesuatu bidang. Beliau turut menyampaikan beberapa kepentingan peperiksaan SMU. Antaranya, adalah ia dapat membantu pelajar dalam permohonan di IPT. 

 

 

Selanjutnya, Penolong Kanan Pentadbiran MMP memberikan ucapan beliau yang berkisar tentang peratusan lulus SPM dan SMU 2021. Beliau juga sempat menyampaikan beberapa tips untuk mendapatkan mumtaz dalam semua subjek SMU. Program diteruskan lagi dengan ucapan aluan daripada mudir MMP dan pesanan yang perlu pelajar sentiasa ingati dan aplikasikan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia.

 

 

Akhir sekali, program ditamatkan dengan tayangan berkenaan peluang belajar mengikut aliran yang dipilih pelajar. Usai tayangan, pelajar bersurai dan bergerak ke kelas masing-masing.