PEPERIKSAAN SMU SESI 2 2022

AHAD 24 APRIL 2022 – Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah dijalankan semula kepada pelajar yang tidak dapat hadir kerana kuarantin pada Isnin 14 Februari 2022 yang lalu. Oleh itu, seramai 144 orang pelajar MMP dan 3 orang pelajar dari SMU(A) Istiqamah Badang yang menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) di Maahad Muhammadi Perempuan pada kali ini.

Pelajar mula memasuki dewan peperiksaan pada pukul 8:15 pagi bagi bersiap sedia untuk menjawab soalan peperiksaan mata pelajaran pada hari tersebut.

Semoga maju jaya kepada semua pelajar tingkatan 4 yang sedang menduduki peperiksaan SMU pada kali ini!