PEMBUKAAN SEKOLAH SECARA BERSEMUKA BAGI SESI 2022/2023

                                   

                                                      

                              

ISNIN,4 APRIL 2022- Pembukaan sekolah secara bersemuka sesi 2022/2023 telah bermula pada hari ini bagi seluruh pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Para pelajar mula memasuki kawasan sekolah seawal jam 7.00 pagi dan beberapa guru bertugas menunggu di setiap pagar masuk sekolah bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pelajar-pelajar Tingkatan Satu Tahun 2022 dikehendaki berkumpul di hadapan astaka bagi menjalani proses pendaftaran.

                                                                     

         

Para guru dan pelajar juga perlu memastikan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial satu meter dan penggunaan topeng muka. Kerusi-kerusi dan meja-meja di dalam kelas disusun mengikut piawaian standard satu meter untuk memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin. Selain itu, pelajar-pelajar dikehendaki berada dalam kelas dan tidak berkeliaran di kawasan sekolah semasa pembelajaran berlangsung.

  

Di samping itu, setiap guru kelas akan masuk berjumpa dengan pelajar-pelajar untuk mengambil kehadiran dan sesi perkenalan terutamanya bagi pelajar baru. Seterusnya, para pelajar menjalani pembelajaran secara bersemuka bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 tengahari. Akhir sekali, pelajar-pelajar menunaikan solat zohor di masjid Maahad Muhammadi Perempuan sebelum pulang ke rumah.