ORIENTASI TINGKATAN 1 RAUDHATUL MAHABBAH

Khamis, 14 April 2022 - Program orientasi bagi pelajar baru tingkatan 1 yang dikenali sebagai "Raudhatul Mahabbah" telah diadakan selama 2 hari secara bersemuka di Maahad Muhammadi Perempuan.

 

Pada hari Rabu, aktiviti rondaan di sekeliling sekolah diadakan pada waktu pagi. Pelajar tingkatan 1 diiringi oleh para koordinasi yang bertugas untuk program tersebut . Antara kawasan yang dironda oleh mereka ialah bangunan BADATI, bilik guru lelaki, dewan Khadijah , bangunan blok A dan B serta kantin.


 

 

Program diteruskan pada hari Khamis bagi majlis penutupan Raudhatul Mahabbah bagi tahun 2022 di masjid MMP . Program dimulakan dengan slot disiplin berkenaan dengan peraturan sekolah . Kemudian program diteruskan setelah rehat dengan slot pengisian oleh para koordinator dan ucapan oleh Pengetua serta para pentadbir yang lain. Majlis diakhiri dengan slot tayangan video sepanjang orientasi berjalan.