KUNJUNGAN KETUA HAKIM SYARIE SARAWAK KE MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

 

Rabu, 1 Jun 2022 - Maahad Muhammadi Perempuan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Sarawak.

Program dimulakan dengan meraikan ketibaan dhif jemputan terhormat. Para dhif jemputan diiringi ke Dewan Fatimah. Sebelum memulakan upacara majlis, pengacara majlis menjemput wakil ustaz daripada MMP untuk mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.

Kemudian video MMP ditayangkan. Video tersebut berdurasi 15 minit itu menunjukkan tentang serba sedikit aktiviti-aktiviti yang berlangsung di MMP pada tahun 2021 dan 2022.

 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Tuan Haji Pakhruddin bin Deraman, mudir sekolah Maahad Muhammadi Perempuan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Sarawak kerana sudi untuk meluangkan masa melawat sekolah Maahad Muhammadi Perempuan ini. Seterusnya, Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Sarawak pula dijemput untuk memberikan sepatah dua kata. Setelah beliau habis berucap, jamuan makan kecil-kecilan dimulakan. Pihak MMP menyediakan juadah nasi kerabu berserta dengan kuih-kuih tradisional. Usai para dhif jemputan makan, pihak MMP menjemput Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Sarawak serta para tetamu untuk majlis penyampaian cenderahati.

.

Pihak Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Sarawak turut memberikan buah tangan seperti plak, dan kek lapis sarawak kepada pihak MMP. Setelah selesai majlis penyampaian cenderahati dari kedua belah pihak, majlis ditutup dengan tasbih kafarrah dan suratul asr.