KEMPEN MEMBACA 10 MINIT 2022

21 APRIL 2022 – Program ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca. “Membaca Menambah Ilmu Pengetahuan” . Itulah tema kempen membaca peringkat sekolah pada tahun ini. Kempen ini bermula pada 21 April 2022 dan berlangsung selama 10 minit.

Sepanjang kempen berjalan , berbagai-bagai bahan bacaan yang dibaca oleh seluruh warga Maahad Muhammadi Perempuan seperti majalah, buku cerita, jurnal dan lain-lain lagi.  Selain itu, para pelajar dikehendaki berada di dalam kelas masing-masing semasa program berlangsung dan tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan sekolah . Ini bagi memastikan program membaca berjalan dengan lancar.

 

Seterusnya, program ini diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan para pelajar sekaligus dapat menambahkan lebih banyak ilmu pengetahuan serta memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik selepas sekolah.