All Stories

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK ANGKAT ALUMNI 2022

Rabu, 29 Jun 2022- Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak angkat alumni di Dewan Fatimah Az-Zahra bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1443H. Majlis dimulai dengan kata-kata aluan daripada Penolong Kanan Hem yang berlangsung pada pukul 11 pagi tadi. Dalam ucapan beliau, beliau berkata "saya berharap para pelajar yang berada di sini akan menghadirkan diri lagi ke majlis seperti ini pada masa akan datang sebagai penderma untuk generasi seterusnya"

Seterusnya, majlis dilanjutkan dengan ucapan mantan pengetua MMP Ustaz Mohd Mansor bin Haji Daud. Beliau memberi kata-kata semangat kepada pelajar anak angkat alumni MMP untuk sentiasa gigih berusaha dalam pembelajaran dan jangan berputus asa dalam kecapi cita-cita mereka demi masa depan yg cemerlang.

Kemudian, majlis berlangsung dengan penyampaian sumbangan kepada anak angkat alumni bagi tahun 2022 yang turut diiringi bersama Ustaz Mohd Mansor bin Haji Daud dan juga Penolong Kanan Hem di dewan tersebut. Majlis tidak lengkap tanpa hadiah sagu hati kepada para tetamu jemputan. Setelah selesai, para jemputan dan para pelajar anak angkat alumni mengadakan sesi bergambar pada tengah hari tersebut. majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yg disediakan oleh pihak sekolah di kantin.

 

Majlis diakhiri dengan sempurna kemudian semua yang terlibat bersurai pada tengah hari tadi.

PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA ARAB KATEGORI A DAN B PERINGKAT ZON 2

SELASA, 28 JUN 2022 - Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Kategori A dan B peringkat Zon 2 telah diadakan di Dewan Khalid Al-Walid dan di Dewan Salman Al-Farisi SMU(A) Istiqamah Badang. Pertandingan ini bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Para peserta diminta untuk mendaftar terlebih dahulu dan mencabut undi nombor giliran pada pukul 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi majlis dan alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh wakil pelajar SMU (A) Istiqamah Badang. Seterusnya, ketua hakim memberi taklimat ringkas mengenai peraturan pertandingan.

Antara sekolah yang menyertai pertandingan ini ialah Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tarbiah Mardhiah, Maahad Ar Rahmah Kenali, Maahad Sains Tok Guru, SMU (A) Istiqamah Badang. Kemudian, pertandingan dimulakan dengan 5 orang peserta kemudian berehat selama 15 minit pada pukul 11.00 pagi sebelum 5 peserta yang lain meneruskan pertandingan.

 Johan bagi kategori lelaki (A) dan (B) dimenangi oleh Maahad Sains Tok Guru . Bagi kategori perempuan (A) , Maahad Ar Rahmah Kenali menjadi juara manakala bagi kategori (B) dimenangi oleh Maahad Muhammadi Perempuan. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada pukul 12.45 tengahari. Majlis bersurai pada pukul 1 petang.

 

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT ZON 2 KOTA BHARU

SELASA , 21 Jun 2022 - Pertandingan Bola Tampar Kejohanan Sukan Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan ( KSSAYIK ) Zon 2 daerah Kota Bharu telah diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan. Sekolah-sekolah Zon 2 yang menyertai kejohanan ini ialah Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Ar-Rahmah Kenali, Maahad Tarbiah Mardhiah, SMU (A) Istiqamah Badang dan SMU (A) Azhariah Melor.

 

 

Pertandingan bola tampar bermula tepat pada pukul 9 pagi . Pertandingan bola tampar dimulakan dengan perlawanan antara Maahad Tarbiah Mardhiah dan SMU (A) Istiqamah Badang di Gelanggang 1 manakala perlawanan antara Maahad Muhammadi Perempuan dan Maahad Ar-Rahmah Kenali di Gelanggang 2. Kejohanan Bola Tampar KSSAYIK dirasmikan oleh Tuan Mudir MMP, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman dan pegawai jemputan, YBiTuan Haji Zuraidin bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan pada pukul 11.30 pagi.

Pasukan Bola Tampar Maahad Muhammadi Perempuan berjaya memasuki pusingan akhir melawan pasukan Maahad Tarbiah Mardhiah. Pasukan Bola Tampar Maahad Muhammadi Perempuan telah berjaya memperoleh 8 mata bagi jumlah keseluruhan dan melayakkan MMP menjadi Johan Pertandingan Bola Tampar Zon 2 Kota Bharu (KSSAYIK) tahun 2022. Pertandingan berakhir pada jam 1.30 petang dengan sesi penyerahan medal kepada para pemenang dan sesi fotografi.

Tahniah kepada para pemenang : 

 

SAMBUTAN HARI GURU 2022

SELASA, 14 Jun 2022- Sambutan Hari Guru Maahad Muhammadi Perempuan peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya. Majlis tahun ini bertemakan ' Biah 'Arabiah '. Semua pelajar MMP berkumpul di padang tepat jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru diiringi maskot dan pasukan kawad kaki sekolah pada jam 9.00 pagi. Selepas perarakan masuk, pelajar-pelajar membaca Asmaul  Husna dan Nasyidussobah. Bacaan ayat suci al-Quran dialunkan bagi memberkati majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan kepada guru-guru daripada wakil pelajar ,iaitu Afaf binti Abdul Latiff dan ucapan daripada wakil guru , Ustaz Mohd Nor.

Kemudian, lagu Kami Guru Malaysia versi Arab telah dinyanyikan oleh semua guru MMP diikuti dengan bacaan ikrar guru versi Arab yang diketuai oleh tuan mudir. Seterusnya, majlis disempurnakan dengan bacaan perutusan hari guru YIK oleh tuan mudir. Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian daripada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan penyampaian anugerah guru kepada guru-guru cemerlang seperti guru datang awal ke sekolah , guru tidak pernah cuti dan guru buku rancangan mengajar terbaik.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada pelajar-pelajar dan deklamasi sajak karya Usman Awang oleh Cikgu Rahidah dan Ustazah Shamsiah. Pada pukul 12 tengah hari majlis diteruskan dengan acara sukaneka, para guru dikehendaki bergerak ke pertandingan yang disertai antaranya lempar kasih , musang berjanggut, teka arabic, teka rasa, catur dan futsal. Majlis sambutan hari guru diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta jamuan laksa kepada para guru di kantin. Majlis bersurai tepat jam 2 petang.

 

PERTANDINGAN PINGPONG PERINGKAT ZON 2 KOTA BHARU

SELASA , 21 JUN 2022 - Pertandingan pingpong peringkat zon telah diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan. Terdapat beberapa buah sekolah yang bertanding di bawah Zon 2 Kota Bharu. Semua pemain berkumpul di padang sekolah untuk membaca doa rabitah.

Antara sekolah yang terlibat ialah Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tarbiah Mardhiah , Maahad Ar-Rahmah Kenali , Maahad Istiqamah Badang dan Maahad Azhariah Melor . Pertandingan ini diadakan di Dewan Fatimah bermula pada pukul 9:30 pagi. Setiap sekolah diiringi oleh 2 orang guru pengiring.

Setiap kumpulan bermain sebanyak 4 pusingan untuk menentukan pemenang. Semua pemain menunjukkan semangat kesukanan yang jitu sepanjang perlawanan. Perlawanan berakhir pada pukul 2 petang. Tempat ketiga dimenangi oleh Maahad Azhariah Melor manakala bagi tempat kedua diduduki oleh Maahad Ar-Rahmah Kenali. Johan pingpong bagi Zon 2 Kota Bharu ialah Maahad Muhammadi Perempuan.

 

GOTONG ROYONG MMP

KHAMIS , 16 JUN 2022 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan program gotong royong bagi setiap kelas dan tingkatan yang dimulai pada jam 8 pagi sehingga 9 pagi. Guru kelas memantau aktiviti para pelajar pada setiap kelas semasa akitiviti dijalankan. Beberapa murid sedang mengutip sampah di kawasan kelas kerana keadaan kelas mereka berselerak dengan sisa-sisa kertas. Seterusnya , diikuti dengan beberapa pelajar yang sedang menyapu kelas di penjuru kelasnya. Guru-guru memantau para pelajardengan tekunnya dan akitiviti berjalan lancar dengan sempurna.  


Kemudian beberapa pelajar sedang membersihkan siling kelas dengan menggunakan penyapu dan pada masa yang sama sekumpulan pelajar bersama dengan bimbingan gurunya sedang mengikat plastik sampah yang berada di kelas mereka untuk dibuang supaya kelas sentiasa bersih.
Selain itu, para pelajar juga mengelap tingkap yang kelihatan kotor dengan menggunakan kain basah dan juga bulu ayam yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Setelah selesai gotong royong, kawasan sekolah kelihatan bersih dan kemas . Murid-murid kelihatan berpuas hati kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan program gotong-royong di sekolah pada hari ini . Segala penat lelah mereka , akhirnya kelas mereka bersih dan terjaga.

PESTA KOKURIKULUM (PESKO) MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN 2022

Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan pesta kokurikulum atau juga dikenali sebagai PESKO pada 25 Mei 2022 . Pertandingan  sukan bermula pada 16 Mei sehingga 25 Mei 2022. Terdapat beberapa permainan sukan baharu yang dipermainkan pada tahun ini antaranya bola baling, catur, petanque dan futsal. Hari pertama pertandingan sukan diadakan terpaksa ditangguhkan. 

24 Mei merupakan raptai PESKO pada tahun ini. Raptai berjalan dengan lancar pada hari tersebut . Beberapa permainan dipertandingkan pada hari tersebut seperti bola baling, futsal, pingpong, badminton, lempar cakera dan lontar peluru. Gerai jualan juga mula menjual pada hari tersebut.

 

25 Mei merupakan tarikh berlakunya PESKO pada tahun ini. Majlis bermula pada 8 pagi dimulakan dengan senamrobik di padang bersama guru-guru perempuan dan pelajar. Bagi guru lelaki pula, pertandingan futsal dimainkan di belakang blok A. sejurus selesai acara senamrobik , hujan mula turun dengan lebat selama sejam. Setelah itu, pertandingan akhir beberapa permainan diteruskan sejurus selepas hujan berhenti. Antara permainan yang berlangsung pada hari tersebut ialah bola jaring, bola tampar dan bola baling bagi setiap kategori.

   Ketika semua permainan sedang dipertandingkan, pemarkahan pondok rumah sukan dijalankan. Para juri melawat setiap pondok yang dihias mengikut tema yang telah ditentukan. Mereka menilai beberapa aspek mengikut hiasan pondok. Kemudian, acara dimulakan dengan perarakan masuk oleh badan beruniform dan rumah sukan ke padang. Terdapat juga persembahan demonstrasi  dan perlawanan yang dilakukan oleh ahli taekwondo dan juga ahli silat MMP.

Majlis penyampaian hadiah dilaksanakan setelah acara perasmian dilakukan. Johan bagi hiasan pondok rumah sukan ialah rumah Kuning, manakala bagi johan keseluruhan PESKO pada tahun 2022 ialah kumpulan Siti Fatimah atau Rumah Biru. Majlis berakhir pada pukul 2.45 petang.


PAUTAN SEKOLAH YIK

Maahad Muhammadi Lelaki KTSNA          

Waktu Solat

Bachok,Kota Bharu,Machang,Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah Merah,Tumpat,Kuala Krai,Mukim Chiku
13 Muharam 1444
05:46
Imsak
05:56
Subuh
07:07
Syuruk
13:19
Zohor
16:35
Asar
19:28
Maghrib
20:36
Isyak