All Stories

PROGRAM SEMBANG SANTAI DALAM TALIAN TEEN TALK GEGAR

KHAMIS, 29 September 2022- Program Sembang Santai dalam Talian "Teen Talk" Gegar telah dilaksanakan di bilik ICT, Maahad Muhammadi Perempuan yang dianjurkan oleh oleh Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Sasaran program ini adalah untuk pelajar tingkatan 4 Khadijah1 dan 3 Khadijah 1 MMP. Program bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi.

 

 

Program bermula dengan ceramah berkaitan vape dan rokok yang mempunyai banyak keburukan dan kesan-kesan daripada menghisap vape dan rokok itu. Kebanyakan vape mengandungi bahan yang dikenali sebagai nikotin. Nikotin merupakan bahan yang memberi impak kepada otak seseorang terutamanya golongan orang muda. Penggunaan nikotin akan menjejaskan pembelajaran, daya fokus dan memori seseorang. Rokok pula mempunyai kesan yang lebih teruk kerana boleh menyebabkan kanser paru-paru, buah pinggang, hati dan sebagainya.

 

 

Program diakhiri dengan sesi fotografi. Pihak MMP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur atas ilmu yang telah dikongsikan kepada para pelajar.  

 

 

SAMBUTAN MALIDUR RASUL & MAJLIS KESYUKURAN

AHAD, 29 SEPTEMBER 2022 bersamaan 2 Rabiulawal 1444 Hijrah - Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Majlis Kesyukuran telah diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. Bagi melancarkan program, taklimat perarakan Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustazah Hasnin Binti Abdul Aziz di medan thobur kepada semua pelajar MMP.

MINGGU FOTOGRAFI MAJALAH ANNUR EDISI KE-53

ISNIN,12 SEPTEMBER 2022 - Unit Redaksi Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan minggu fotografi Annur bagi edisi ke-53 bermula dari 12 September hingga 14 September.

12 September merupakan hari penggambaran bagi unit beruniform bermula pada pukul 8:30 pagi hingga 10:30 pagi bertempat di Dewan Asma', manakala penggambaran bagi sukan dan permainan bermula pada pukul 11:00 pagi hingga 1:30 petang di padang MMP.

Penggambaran bagi badan induk dan exco MMP pula diadakan pada keesokan harinya iaitu pada 13 September bermula 8:30 pagi hingga 11:00 pagi di hadapan blok A . Penggambaran persatuan dan kelab juga diadakan pada hari tersebut di Dewan Asma' bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang dengan memakai uniform sekolah yang lengkap.

Oleh itu, pada 14 September merupakan hari terakhir bagi minggu fotografi Annur 2022 dengan penggambaran semua kelas bagi setiap tingkatan di MMP. Minggu fotografi Annur bagi tahun 2022 berakhir dengan jayanya.

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-65

width=

AHAD,11 SEPTEMBER 2022- Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan telah menganjurkan Sambutan Semarak Merdeka Yang Ke-65 MMP. Semua pelajar MMP dikehendaki berkumpul di padang MMP untuk menyambut majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan pembarisan masuk guru, kontinjen MMP dan pembarisan pelajar unit beruniform. Ketibaaan dif jemputan disambut mesra oleh guru-guru MMP. 

 width= 

 width= 

Kemudian, majlis diteruskan dengan nyanyian nasyid Asma'Ulhusna, Nasyid Al-sobah, lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin Bin Deraman. Majis diteruskan pula dengan ucapan daripada Pengarah YIK, YM Hj Engku Rajhan bin Engku Ismail dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh YB Mejar (B) Dato' Hj Md. Anizam bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kerajaan Negeri Kelantan. 

 width="392" 

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan silat dan gimik perasmian dari persatuan silat MMP, melepaskan gantungan bendera jalur gemilang dari blok C dan persembahan sajak dipersembahkan oleh wakil guru dan pelajar. 

width="392" 

width=

Seterusnya, semua murid dan guru-guru MMP menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera. Tepat pukul 11.20 pagi majlis bersurai.

MAJLIS MERAIKAN GURU-GURU PRAKTIKUM 2022

  

RABU, 28 SEPTEMBER 2022- Seramai 12 orang guru praktikal diraikan untuk mengenang jasa-jasa mereka sepanjang 2 bulan berada di Maahad Muhammadi Perempuan. 

 width= 

Pada pukul 8.00 pagi para guru berkumpul di Mercu Tanda MMP untuk merakam gambar bersama para pentadbir. 

 width= 

Tepat pada pukul 12.00 tengah hari semua guru praktikal hadir ke kantin untuk menjamu selera bersama-sama. 

 

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa-jasa yang diberikan sepanjang berkhidmat di Maahad Muhammadi Perempuan.

 

MAJLIS KEMBARA ILMU PRA-U MAAHAD RAHMANIAH KUALA KRAI

 

SELASA, 20 September- Maahad Muhammadi Perempuan telah dikunjungi oleh rombongan lawatan dari Maahad Rahmaniah Kuala Krai (MRKK) sempena majlis Kembara Ilmu Pra-U MRKK. Majlis bertempat di Dewan Fatimah, MMP. Peserta rombongan terdiri daripada 55 orang pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan 6 orang guru pengiring. Para pentadbir dan guru-guru MMP menyambut ketibaan rombongan dengan sambutan yang hangat.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah sebagai pembuka majlis. Berikutnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan mudir MMP, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman. Setelah itu, majlis diiringi dengan ucapan YBrs. Encik Rosli bin Jaafar selaku Penolong Kanan Ko-Kurikulum MRKK. Beliau turut memberikan nasihat bagi semua  pelajar tingkatan 6 MMP dan MRKK yang bakal menduduki peperiksaan STAM pada tahun ini.

 

 

Usai ucapan daripada PKKO MRKK, majlis diteruskan lagi dengan pembentangan Program Kecemerlangan STAM yang dibentangkan oleh Ustaz Nik Emran, Penolong Kanan Pentadbiran MMP. Beliau turut menyampaikan beberapa usaha yang dapat dilakukan untuk pelajar mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STAM. Antaranya ialah program perkampungan pelajar STAM dan sesi pertemuan dengan ibu bapa pelajar. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi soal jawab dari para pelajar dan guru-guru. Para pelajar dapat mengutip beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan STAM dengan mudah.

 

 

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada mudir MMP kepada mudir MRKK sebagai tanda ingatan. Tepat jam 2 petang para peserta rombongan ke kantin untuk menikmati jamuan yang dihidangkan.

MAJLIS KESYUKURAN KOKURIKULUM

Selasa, 30 OGOS 2022 - Pihak sekolah Maahad Muhammadi Perempuan dan unit kokurikulum telah menganjurkan Majlis Kesyukuran Kokurikulum sempena meraikan kejayaan pemain/ peserta sukan & ilmiah yang telah mewakili sekolah pada peringkat zon dan negeri.

Semua atlet, pihak pentadbir dan guru-guru  yang terlibat merakam gambar di dataran thobur pada pukul 1.30 petang. Setelah selesai merakam gambar, majlis diteruskan dengan solat zohor secara berjemaah di masjid. Selesai solat zuhur, majlis diteruskan dengan jamuan makan tengah hari di dewan Fatimah. 

Kemudian majlis diteruskan dengan tayangan video tentang sukan yang dipertandingkan oleh  para atlet MMP. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penolong Kanan Kokurikulum. Jamuan makan dimulakan setelah tuan mudir selesai berucap sempena majlis kesyukuran ini. Majlis tamat pada pukul 4.30 petang.

 

 

PERKHEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

7 SEPTEMBER 2022 - Kem Tahunan Kadet Bomba dan Penyelamat Maahad Muhammadi Perempuan telah diadakan pada 5 hingga 7 September 2022, bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu. Program ini disertai oleh seramai 60 orang peserta dan diiringi oleh 3 orang guru iaitu Ustazah Hanan Abdul Hai, Ustaz Khairul Anuar dan Cikgu Rahidah Binti Usop.

Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan ialah Night Walk, Jungle Trekking, Flying Fox, Water Confident, Explorace dan Survival. Aktiviti ini telah dipantau oleh sekumpulan jurulatih yang berpengalaman.

Perasmian majlis penutup perkhemahan ini telah dilakukan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Maahad Muhammadi Perempuan iaitu, Puan Noor Zila binti Yahya.Program diakhiri dengan sesi fotografi bersama para guru dan jurulatih yang telah bekerjasama menjayakan program ini.

Diharapkan perkhemahan ini berjaya menyuntik nilai-nilai positif dalam diri peserta ke arah pembetukan jati diri dan potensi diri masing-masing.

KURSUS PROFESIONALISME GURU

SABTU,20 OGOS 2022-Kursus Profesionalisme Guru telah diadakan di dewan Asma' Abu Bakar Maahad Muhammadi Perempuan.Kursus ini telah melibatkan dua buah sekolah iaitu SMU (A) Sullaimiah dan Maahad Muhammadi Perempuan.

DAIE BERMUTHAQQOFAH TUNJANG KEMENJADIAAN INSAN

AHAD 25 SEPTEMBER 2022- Maahad Muhmmadi Perempuan telah mengadakan program Daie Bermuthaqqofah Tunjang Kemenjadian Insan. Program ini telah berlangsung di Medan Thobur. Program ini telah dimulakan dengan alunan Asmaul Husna dan Nasyid As-Sobah oleh murid dan guru MMP. 

 

 

Ucapan aluan disampaikan oleh PK HEM Puan Hajjah Noor Zila Binti Yahya dan diiringi oleh ucapan mudir MMP, Tuan Haji Ahmad Pakharuddin Bin Deraman.  Seterusnya, persembahan Daie Millenia oleh Presiden MMP iaitu Cik Nurul Syahadah.

 

 

Akhir sekali, program diakhiri oleh penyampaian hadiah kepada Exco MMP.

 

Pada pukul 10.00 pagi, majlis bersurai.

 

 

 

 

PROGRAM KENEGARAAN YIK TINGKATAN 6

19 SEPTEMBER 2022- Hal Ehwal Yayasan Islam Kelantan telah mengadakan Program Kenegaraan peringkat sekolah-sekolah YIK yang melibatkan Mahaad Muhammadi Perempuan, Mahaad Pengajian Islam, Mahaad Tarbiah Mardhiah Panchor dengan jumlah kehadiran keseluruhan pelajar seramai 136 orang. Program ini dilaksanakankan di Dewan Asma' Abu Bakar Mahaad Muhammadi Perempuan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Program dimulakan dengan ceramah daripada Puan Nafizah Abdullah di Pusat Bahasa Arab tentang cabaran pemuda masa kini dalam pengaruh ideologi moden,isu politik dan pemilihan pemimpin dalam pilihan raya yang akan datang. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan pengagihan borang tinjauan pendapat mengenai isu semasa anak muda negeri Kelantan. Program dimeriahkan lagi dengan sesi soal jawab dan pendapat para pelajar mengenai perkara yang difahami dari ceramah tersebut bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan pelajar berkaitan politik. 

Di samping itu, program berhenti seketika pada waktu tengah hari untuk memberikan laluan kepada pelajar berehat dan menunaikan solat fardhu di Masjid Merbau, MMP. Program diteruskan lagi pada pukul 2.30 petang dengan aktiviti perbincangan tentang pemimpin negeri Kelantan berdasarkan buku yang diedarkan oleh guru-guru yang bertanggungjawab menguruskan program itu. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya menjawab soalan sepanjang program berlansung dan sesi fotografi.

 

MAJLIS USRAH GURU DAN KAKITANGAN MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

RABU,10 OGOS 2022 - Majlis Usrah Guru dan Kakitangan Maahad Muhammadi Perempuan telah diadakan di Dewan Asma' Abu Bakar. Majlis bermula pada pukul 11:30 pagi dengan taklimat daripada SU Pentaksiran Dan Peperiksaan.

 

 

Majlis seterusnya ialah taaruf daripada guru-guru praktikal. Pada jam 12:30 tengah hari, Majlis dimulakan dengan ucapan daripada tuan pengetua Tuan Haji Ahmad Pakhruddin Bin Haji Deraman.Setelah itu, usrah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Johari Bin Mat Setiausaha Ahli Lembaga,Pengarah IPTG yang bertajuk "Murabbi Sebagai Khudwah Hasanah".

 

 

Majlis berakhir pada pukul 1:30 tengah hari dengan penyampaian cenderahati kepada YBhg. Dato' Dr. Johari Bin Mat.

 

 

Sous-catégories

WAKTU SOLAT

Bachok,Kota Bharu,Machang,Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah Merah,Tumpat,Kuala Krai,Mukim Chiku
6 Rabiul Awal 1444
05:41
Imsak
05:51
Subuh
06:59
Syuruk
13:03
Zohor
16:16
Asar
19:04
Maghrib
20:09
Isyak

PAUTAN SEKOLAH YIK

Maahad Muhammadi Lelaki KTSNA