All Stories

UNIT PENTADBIRAN

 

 

 

                                                

 

 

Kata Alu - aluan Mudhir

                                                                                            بسم الله الرحمن الرحيم   

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya sampaikan sepatah dua kata dalam laman web sekolah ini.Kejayaan membina laman web ini adalah melalui gandingan kemahiran guru dan murid.Saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada Web team sekolah ,guru penasihat dan semua pihak yang terlibat kerana telah berjaya membina laman web ini.

Dengan adanya laman web ini diharapkan segala berita,maklumat,pencapaian yang telah dicapai oleh warga MMP dan peristiwa persekolahan sepanjang tahun dapat dikongsi bersama. Segala kejayaan yang telah dicapai dapat dijadikan dorongan bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam bidang akademik,sahsiah,rohaniah dan kokurikulum.

Akhir kata, saya berharap agar laman web ini terus berkembang dari semasa ke semasa.Tahniah dan syabas sekali lagi kepada Web team sekolah dan guru penasihat.

Sekian,Terima Kasih.

“Membangun bersama Islam”

Please insert your API key for mailchimp.