LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

LOGO MMP

logo-maahad-muhammadi-perempuan-outline-text

Maahad Muhammadi Perempuan mempunyai satu lambang khas sebagai pengenalan dan imej bagi warga MMP seiring bermulanya sesi persekolahan pada tahun 1937.Setiap rekaan dan warna dihasilkan kebiasaannya terkandung makna yang tersirat, begitu juga dengan lambang sekolah kami.

Menandakan betapa utuhnya semangat warganya di dalam menimba ilmu pengetahuan.

kuning

  • KUNING – KEUTUHAN     :     Menandakan betapa utuhnya semangat warganya dalam menimba ilmu pengetahuan.

 

merah

  • MERAH – KEBERANIAN   :   Menjadi tampuk keberanian para pelajar menyusuri liku-liku pejalanan dalam menggapai kejayaan.

hijau

  • HIJAU – KEHARMONIAN  : Menyatakan kepada masyarakat bahawa warga MMP hidup dengan penuh harmoni dan bersatu demi melahirkan barisan pemimpin berkaliber dan berketerampilan.

putih

  • PUTIH – KETELUSAN        : Menunjukkan ketelusan dan keikhlasan warganya dalam membongkar dunia keilmuan di MMP.

kitab 2

 

KITAB : Al-Quran dan Al-Sunnah

bulan bintang

BULAN DAN BINTANG : Agama Islam  [ Terletak di bahagian atas lambang menggambarkan matlamat kami untuk meninggikan syiar Islam yang ditatang manhaj yang benar]

      mizan

MIZAN : Keseimbangan Ilmu Dunia dan Akhirat  [ Suatu konsep yang menitikberatkan keseimbangan ilmu dunia untuk memakmurkan hidup warga MMP sebagai suatu gerbang dan jalan menuju kesejahteraan akhirat .

Author’s Posts