SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI LILBANAT

Sabtu, 21 May 2022 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Unit Alumni MMP. Sambutan tersebut diadakan di Dewan Fatimah Az-Zahra. Majlis tersebut dihadiri oleh tetamu VIP antaranya ialah Exco Kebajikan, Pembangunan, Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato Hajah Mumtaz binti Md Nawi, wakil Yang Dipertua PIBG MMP, Dr Nazmi bin Ghazali Nazmi, Datin Sri Hariza bt Yusoff, Yang Dipertua Alumni Maahad Muhammadi, Ustaz Haji Mohd Mansor bin Daud serta AJK, Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan, Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, mantan guru-guru MMP yang telah bersara dan juga kakitangan serta guru-guru MMP dan para alumni MMP dari tahun 1983 sehingga 2017.

Majlis dimulakan dengan alunan nasyid Asmaul Husna dan Nasyid As Sobah yang diketuai oleh beberapa orang wakil pelajar. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman. Seterusnya, majlis menjemput YB Dato Hajah Mumtaz bt Mohd Nawi untuk memberikan ucapan perasmian.

Lagu hari raya juga turut dimainkan untuk menceriakan suasana ketika para tetamu sedang menjamu selera. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.