PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH BUAT KALI KETIGA

 

KHAMIS, 28 OKTOBER 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan program gotong royong sekolah buat kali ketiga.Program ini bertujuan bagi  memastikan keselesaan para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran di Maahad Muhammadi Perempuan berada pada tahap optimum, maka kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran sekolah perlu dititikberatkan. Sebagai mana program gotong royong yang lepas, program gotong royong sekolah pada kali ini juga turut melibatkan usaha padu oleh Unit Keselamatan,Kesihatan dan Keceriaan (Unit 3K),para guru yang terlibat ,pelajar tingkatan 6 serta staf-staf sokongan.



Sebelum acara gotong royong dimulakan,Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan , Tuan Haji Ahmad Pakhruddin Bin Deraman memberikan taklimat ringkas kepada para hadirin berkenaan pembahagian tugas serta kawasan yang terlibat dalam aktiviti gotong royong.Fokus utama bagi program gotong royong pada kali ini adalah keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah.Antara aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan masjid , kantin dan kelas Hal ini bagi memastikan kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan yang bersih.

 

Aktiviti gotong-royong diakhiri dengan jamuan ringkas yang disediakan oleh pihak kantin  kepada para petugas serta guru-guru Maahad Muhammadi Perempuan yang terlibat. Secara keseluruhannya,segala aktiviti di semua kawasan berjalan dengan lancar dan semua objektif program dapat dicapai hasil usaha semua pihak yang terlibat.