PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH BUAT KALI KEDUA

Isnin , 4 Oktober 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan program gotong royong sekolah buat kali kedua.Program ini bertujuan bagi  memastikan keselesaan para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran di Maahad Muhammadi Perempuan berada pada tahap optimum, maka kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran sekolah perlu dititikberatkan. Sepertimana program gotong royong yang diadakan sebelum ini, program gotong royong sekolah pada kali ini juga turut melibatkan usaha padu oleh Unit Keselamatan,Kesihatan dan Keceriaan (Unit 3K),para guru yang terlibat serta staf-staf sokongan.Program gotong royong ini juga dijayakan dengan kerjasama Majlis Pembandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

       

 

        

 

Sebelum acara gotong royong dimulakan,Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan , Tuan Haji Ahmad Pakhruddin Bin Deraman memberikan taklimat ringkas kepada para hadirin berkenaan pembahagian tugas serta kawasan yang terlibat dalam aktiviti gotong royong.Fokus utama bagi program gotong royong pada kali ini adalah keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah.Antara aktiviti yang dilakukan ialah mencantas dan memangkas pokok serta mengecat taman ilmu

 

         

 

         

Aktiviti gotong-royong diakhiri dengan jamuan ringkas yang disediakan oleh pihak kantin  kepada para petugas serta guru-guru Maahad Muhammadi Perempuan yang terlibat. Secara keseluruhannya,segala aktiviti di semua kawasan berjalan dengan lancar dan semua objektif program dapat dicapai hasil usaha semua pihak yang terlibat.