PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING PERINGKAT ZON 2 KOTA BHARU

SELASA 21 JUN 2022 - Maahad Muhammadi Perempuan telah menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Bola Jaring peringkat Zon 2 Kota Bharu. Seramai 5 buah sekolah terlibat iaitu Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Ar-Rahmah Kenali, Maahad Tarbiah Mardhiah, SMU (A) Istiqamah Badang, dan SMU (A) Azhariah Melor. Para peserta dari sekolah-sekolah sampai di padang MMP pada pukul 8.30 pagi dan melakukan sedikit senaman sebelum pertandingan bermula.

Terdapat beberapa kumpulan pelajar MMP turun ke padang MMP untuk memberi semangat kepada para pemain bola jaring. Pertandingan bola jaring dimulakan dengan perlawanan antara Maahad Muhammadi Perempuan dan Maahad Tarbiah Mardhiah. Setelah beberapa pertandingan dipertandingkan, Majlis Perasmian dilakukan oleh Pengetua MMP, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman dan pegawai jemputan, YB Tuan Haji Zuraidin bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan. Pertandingan bola jaring ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari.

Seterusnya, Maahad Muhammadi Perempuan berjaya memasuki pusingan akhir melawan SMU (A) Azhariah Melor dan telah memperoleh 10 mata bagi jumlah keseluruhan pertandingan serta menjadi Johan Sukan Bola Jaring Zon 2 Kota Bharu (KSSAYIK) tahun 2022. Pertandingan berakhir dengan penyerahan medal kepada para pemenang dan sesi fotografi bersama guru-guru yang telah membimbing pasukan bola jaring MMP denmgan jayanya.