PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON PERINGKAT ZON 2 KOTA BHARU

SELASA, 21 Jun 2022 - Perlawanan sukan badminton peringkat zon 2 telah diadakan di Iby Badminton Court, Pengkalan Chepa. Pertandingan ini melibatkan 5 buah sekolah iaitu:
i) Maahad Muhammad Perempuan Kota Bharu
ii) Maahad Ar-Rahmah Kenali
iii) Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor
iv) SMU (A) Istiqamah Badang
vi) SMU (A) Azhariah Melor

Sebelum pertandingan bermula, para peserta melakukan sedikit senaman dan regangan, seterusnya mengaminkan doa dengan penuh kesungguhan agar mendapat kemenangan ke atas kumpulan mereka. Tepat jam 9.15 pagi, seluruh dewan dipenuhi dengan sorakan kerana acara pada hari tersebut telah bermula. Mereka memberikan sorakan yang padu kepada kumpulan masing-masing.

Seterusnya persaingan sengit antara Maahad Muhammadi Perempuan melawan SMU (A) Azhariah Melor telah bermula, memandangkan ia merupakan pusingan terakhir untuk pertandingan badminton zon 2. Akhirnya, Maahad Muhammadi Perempuan telah menjuarai pertandingan sukan badminton zon 2 Kota Bharu (KSSAYIK) tahun 2022. Acara berakhir dengan penyerahan medal kepada para pemenang dan sesi fotografi bersama guru-guru yang telah mempembimbing pasukan badminton MMP dengan jayanya.

 

Tahniah diucapkan kepada pasukan MMP!!!