PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA KUMPULAN A

 

 

SABTU, 30 OKTOBER 2021 - Pelajar asrama kumpulan A telah mendaftar masuk pada 30 Oktober. Sesi pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 3.00 petang secara berperingkat mengikut waktu yang telah ditetapkan. Sebaik tiba di perkarangan sekolah, para pelajar dikehendaki menunggu di bawah kanopi di hadapan masjid terlebih dahulu untuk menunggu giliran bagi menjalani ujian kendiri.

 

 

 

Terdapat 4 guru yang akan memantau dan menolong pelajar melakukan ujian kendiri di 4 buah meja berasingan. Mereka perlu menunggu selama 15 minit sebelum mendapatkan keputusan ujian kendiri tersebut. 

 

 

 

Setelah selesai mendapatkan ujian kendiri yang hasilnya negatif, mereka terus ke padang sekolah dimana tempat ibu bapa/penjaga meletakkan kenderaan mereka. Di tempat tersebut, para pelajar meletakkan barang mereka di dalam troli yang disediakan dan ia dibawa masuk ke dalam kawasan asrama oleh ahli jawatankuasa yang bertugas di situ.