PEMBUKAAN SEKOLAH SECARA BERSEMUKA BAGI TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

 

AHAD, 31 OKTOBER 2021 - Pembukaan sekolah secara bersemuka bagi pelajar kelas peperiksaan  Maahad Muhammadi Perempuan telah diadakan pada 31 Oktober 2021. Para pelajar yang terlibat pada pembukaan sekolah kali ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 Maahad Muhammadi Perempuan. Mengikut penetapan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),  pelajar-pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B untuk proses penggiliran. Proses penggiliran ini dimulakan dengan kehadiran pelajar dari kumpulan A pada minggu pertama sementara  kumpulan B meneruskan pembelajaran secara atas talian.

 

 

 

Seawal tujuh pagi lagi, para pelajar mula memasuki kawasan sekolah dan kehadiran mereka disambut oleh beberapa orang guru yang bertugas di pintu pagar sekolah. SOP mestilah dipatuhi oleh semua pelajar dan warga sekolah dengan membuat pemeriksaan suhu dan memakai pelitup muka dengan betul.

 

 

 Mudir Maahad Muhammadi Perempuan, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin turut serta untuk menyambut kehadiran para pelajar.

 

  

 

Selain itu, susun atur meja pelajar  di dalam kelas telah disusun mengikut SOP iaitu penjarakkan sebanyak 1 meter seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pelajar juga diminta  patuh dengan semua SOP agar risiko jangkitan wabak penyakit dapat dielakkan. 

 

 

 

 

 

Author’s Posts