PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI PARA PELAJAR TINGKATAN ENAM

AHAD, 10 OKTOBER 2021 - Pembukaan sekolah bagi para pelajar Tingkatan Enam di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) telah bermula sejak semalam. Pelajar-pelajar mula memasuki kawan sekolah seawal jam 7.00 pagi dan beberapa guru bertugas menunggu di setiap pintu pagar masuk sekolah bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Setiap pelajar dan guru dkehendaki memeriksa suhu badan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

 

Para guru dan pelajar perlu memastikan penjarakan sosial 1 meter dan penggunaan topeng muka. Kerusi-kerusi dan meja-meja di dalam kelas juga disusun mengikut piawaian standard 1 meter untuk memastikan keselamatan lebih terjamin. Setiap kelas hanya memuatkan kapasiti seramai 15 orang pelajar bergantung kepada kondisi dan keluasan kelas masing-masing.

 

Beberapa pegawai dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) turut hadir bagi memantau SOP dipatuhi selain memastikan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berjalan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.


Unit Biasiswa dan Kebajikan Pelajar (UBKP) turut mengagihkan "face mask" kepada para pelajar yang disampaikan oleh pegawai YIK dan guru-guru MMP.


Author’s Posts