MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SMU, SPM & STAM 2020

          

 

RABU, 8 DISEMBER 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan SMU, SPM dan STAM bagi tahun 2020. Majlis ini diadakan bagi menzahirkan penghargaan terhadap para pelajar yang telah meraih pencapaian yang cemerlang dan membanggakan bagi peperiksaan berikut. 

 

         

 

Sidang pertama bagi majlis ini dimulakan dengan alunan bacaan al-Quran oleh saudari Nik Maghfirah binti Nik Abdul Rahman Zaki. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan olah Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Haji Deraman, Pengetua MMP. Acara seterusnya adalah ucapan daripada pihak jemputan iaitu Ustaz Harun bin Ismail dan Yang Berhormat Dato Hajjah Mumtaz sekaligus upacara perasmian. Sidang pertama ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang peperiksaan SMU serta ucapan dari saudari Nurul Hasya Adlin binti Rodzuan.

 

          

 

Majlis bagi sidang kedua pula dibuka secara meriah dengan ucapan dari Tuan Pengetua MMP buat sekali lagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Zuraidin bin Abdullah. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang SPM dan STAM serta ucapan ringkas dari saudari Ain Qitrin binti Nazmi dan Amni Afiqah binti Mohd Saupi. Sijil penghargaan turut diberikan bagi para pengerusi majlis yang telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang majlis berjalan.