PERTANDINGAN PINGPONG PERINGKAT ZON 2 KOTA BHARU

SELASA , 21 JUN 2022 - Pertandingan pingpong peringkat zon telah diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan. Terdapat beberapa buah sekolah yang bertanding di bawah Zon 2 Kota Bharu. Semua pemain berkumpul di padang sekolah untuk membaca doa rabitah.

Antara sekolah yang terlibat ialah Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tarbiah Mardhiah , Maahad Ar-Rahmah Kenali , Maahad Istiqamah Badang dan Maahad Azhariah Melor . Pertandingan ini diadakan di Dewan Fatimah bermula pada pukul 9:30 pagi. Setiap sekolah diiringi oleh 2 orang guru pengiring.

Setiap kumpulan bermain sebanyak 4 pusingan untuk menentukan pemenang. Semua pemain menunjukkan semangat kesukanan yang jitu sepanjang perlawanan. Perlawanan berakhir pada pukul 2 petang. Tempat ketiga dimenangi oleh Maahad Azhariah Melor manakala bagi tempat kedua diduduki oleh Maahad Ar-Rahmah Kenali. Johan pingpong bagi Zon 2 Kota Bharu ialah Maahad Muhammadi Perempuan.