PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT ZON 2 KOTA BHARU

SELASA , 21 Jun 2022 - Pertandingan Bola Tampar Kejohanan Sukan Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan ( KSSAYIK ) Zon 2 daerah Kota Bharu telah diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan. Sekolah-sekolah Zon 2 yang menyertai kejohanan ini ialah Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Ar-Rahmah Kenali, Maahad Tarbiah Mardhiah, SMU (A) Istiqamah Badang dan SMU (A) Azhariah Melor.

 

 

Pertandingan bola tampar bermula tepat pada pukul 9 pagi . Pertandingan bola tampar dimulakan dengan perlawanan antara Maahad Tarbiah Mardhiah dan SMU (A) Istiqamah Badang di Gelanggang 1 manakala perlawanan antara Maahad Muhammadi Perempuan dan Maahad Ar-Rahmah Kenali di Gelanggang 2. Kejohanan Bola Tampar KSSAYIK dirasmikan oleh Tuan Mudir MMP, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman dan pegawai jemputan, YBiTuan Haji Zuraidin bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan pada pukul 11.30 pagi.

Pasukan Bola Tampar Maahad Muhammadi Perempuan berjaya memasuki pusingan akhir melawan pasukan Maahad Tarbiah Mardhiah. Pasukan Bola Tampar Maahad Muhammadi Perempuan telah berjaya memperoleh 8 mata bagi jumlah keseluruhan dan melayakkan MMP menjadi Johan Pertandingan Bola Tampar Zon 2 Kota Bharu (KSSAYIK) tahun 2022. Pertandingan berakhir pada jam 1.30 petang dengan sesi penyerahan medal kepada para pemenang dan sesi fotografi.

Tahniah kepada para pemenang :