GOTONG ROYONG MMP

KHAMIS , 16 JUN 2022 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan program gotong royong bagi setiap kelas dan tingkatan yang dimulai pada jam 8 pagi sehingga 9 pagi. Guru kelas memantau aktiviti para pelajar pada setiap kelas semasa akitiviti dijalankan. Beberapa murid sedang mengutip sampah di kawasan kelas kerana keadaan kelas mereka berselerak dengan sisa-sisa kertas. Seterusnya , diikuti dengan beberapa pelajar yang sedang menyapu kelas di penjuru kelasnya. Guru-guru memantau para pelajardengan tekunnya dan akitiviti berjalan lancar dengan sempurna.  


Kemudian beberapa pelajar sedang membersihkan siling kelas dengan menggunakan penyapu dan pada masa yang sama sekumpulan pelajar bersama dengan bimbingan gurunya sedang mengikat plastik sampah yang berada di kelas mereka untuk dibuang supaya kelas sentiasa bersih.
Selain itu, para pelajar juga mengelap tingkap yang kelihatan kotor dengan menggunakan kain basah dan juga bulu ayam yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Setelah selesai gotong royong, kawasan sekolah kelihatan bersih dan kemas . Murid-murid kelihatan berpuas hati kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan program gotong-royong di sekolah pada hari ini . Segala penat lelah mereka , akhirnya kelas mereka bersih dan terjaga.