ACARA RINGKAS PERSARAAN CIKGU ROSNANI HASAN

Ahad, 2 Januari 2022 - Majlis persaraan Cikgu Rosnani binti Hassan telah diadakan pada 2 Januari 2022 di sekolah Maahad Muhammadi Perempuan yang turut sama dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Fakhruddin bin Haji Deraman selaku Tuan Pengetua sekolah, Penolong Kanan Hem, PKP dan juga para guru pada sesi petang.

 


Majlis dimulakan dengan bacaan surah pembuka majlis, Al-Fatihah dan dituruti dengan ucapan Tuan Pengetua sekolah serta ucapan penghargaan juga turut diberikan kepada Cikgu Rosnani binti Hassan terhadap jasa dan bakti yang dicurahkan selama berkhidmat di sekolah ini.

 

Majlis juga turut dimeriahkan dengan gurau senda para guru yang meraikan majlis tersebut. Kemudian, Cikgu Rosnani binti Hassan dijemput menikmati juadah yang dihidangkan. Akhir sekali,sebagai tanda terima kasih dan penghargaan terhadap bakti dan jasa beliau, acara penyampaian hadiah dari wakil panitia-panitia dan para guru kepada Cikgu Rosnani binti Hassan. Majlis persaraan Cikgu Rosnani berjalan dengan lancar dan meriah.