ISNIN, 27 JUN 2022 – Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Pelancaran Liqa Fikri. Semua pelajar dan guru diminta berkumpul di padang sekolah pada pukul 7.45 pagi. Majlis bermula tepat pada pukul 8.15 pagi dengan menyanyikan Asma ul husna dan nasyid As-sobah.
Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al -Quran serta terjemahannya oleh pelajar MMP. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada tuan pengetua MMP diikuti dengan ucapan daripada YBrs Ustaz Harun bin Ismail, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Yayasan Islam Kelantan mewakili YM Pengarah YIK. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan YB Ustaz Azhar Bin Salleh, Timbalan Exco Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, pengajian Tinggi Sains dan Teknologi.
Setelah itu, majlis diteruskan dengan perasmian Liqa' Fikri oleh YB Ustaz Azhar Bin Salleh. Majlis watikah diteruskan dengan acara gimik perasmian bermula dengan kawad kaki oleh pasukan Briged Bakti MMP kemudian diiringi dengan semua pengerusi atau ketua setiap badan induk MMP.
Setelah selesai acara gimik, Safia Damia Bt Mohd Shahudin, selaku ketua pelajar bagi tahun 2022 dijemput untuk memberikan ucapan dan diikuti dengan bacaan ikrar yang diketuai olehnya. Majlis berakhir pada pukul 11 pagi dengan semua pelajar di bawah setiap badan induk diminta untuk membuat bulatan di padang untuk membacakan doa wehdah.