All Stories

Gotong Royong Perdana 2020

 Pada 24 Disember 2020 Unit Kebersihan dan Keceriaan Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan program gotong royong perdana di kalangan guru-guru dan kakitangannya semperna menyambut tahun baru 2021 yang akan tiba tidak lama lagi . Aktiviti ini tidak disertai oleh pelajar-pelajar kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan . Segala SOP telah dipatuhi sepanjang aktiviti ini dijalankan . 

                                             

                                             

Pada pukul 8.30 pagi semua guru-guru dan kakitangan yang hadir telah  mendaftarkan diri dan berkumpul di Dewan Fatimah az-Zahra untuk mendengar taklimat daripada penyelaras gotong royong . Mereka kemudiannya dibahagikan mengikut beberapa kumpulan .

                                         

 

                                          

Pada pukul 10 pagi , gotong royong bemula . Antara kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan ialah Blok A , Blok B , Blok C , kantin dan lain-lain . Kesemua peserta telah memberikan kerjasama yang amat baik . Terdapat juga askar-askar yang turut membantu untuk menjayakan aktiviti ini . Aktiviti gotong royong akhirnya tamat pada pukul 1 petang dengan sedikit jamuan oleh pihak sekolah.

                                                

                                               

USRAH GURU MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

Pada 27 Oktober 2020 Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan usrah guru buat kali kedua secara bersederhana bertempat di Dewan Asma Abu Bakar. Guru-guru telah diarahkan untuk ke masjid terlebih dahulu untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah.

 

 

Pada pukul 1.30 petang , guru-guru mula bergerak ke dewan untuk mendengar ceramah daripada AL-FADHIL USTAZ ILLIAS BIN AHMAD yang merupakan ketua unit jaminan kualiti KIAS.Beliau telah menyampaikan pelbagai ilmu baru kepada para guru.

 

 

2 majlis telah diadakan secara serentak iaitu termasuklah majlis maulidul rasul dan taklimat guru.Sebelum bermulanya ceramah guru-guru telah mengadakan perbincangan mengenai buku catatan PDP dan juga berlangsungnya taaruf untuk guru-guru baru di Maahad Muhammadi Perempuan. Majlis berjalan dengan lancar sehinggalah pada pukul 2.40 petang.Selepas itu,guru-guru dijemput ke kantin untuk menjamu sedikit makanan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

 

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR STAM 2020

5 Oktober 2020, Isnin- Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan satu ceramah motivasi yang bertajuk "Memugar Kebertokohan Diri Melalui Kecemerlangan Akademik" . Ceramah ini khususnya untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 yang bakal menduduki STAM. Ceramah ini berlangsung pada jam 8:00 pagi di Dewan Asma' Abu Bakar.

 Ceramah sesi pertama yang disampaikan oleh Dr.Hj. Abdullah bin Yusoff telah bermula pada pukul 8:30 pagi .Sesi kedua pula disampaikan oleh YB Hjh. Mumtaz Bt Md Nawi yang bermula pada pukul 10:30 pagi. Beliau merupakan pengerusi jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

 

      

Pada jam 11:45 pagi, ceramah diteruskan dan berakhir pada 1:30 tengah hari. Pelajar juga diberikan peluang untuk bertanya tentang pelajaran mereka.

 

 

Sekalung penghargaan diucapkan kepada penceramah yang sudi meluangkan masa mereka bersama para pelajar.

 

 

KURSUS PROFESIONALISME GURU-GURU MMP

  26 September, 2020 - Maahad Muhammadi Perempuan telah melangsungkan Kursus Profesionalisme Guru-Guru bagi tahun 2020. Majlis berlangsung di Dewan Asma' dan dihadiri oleh 114 orang guru. Slot pertama dimulakan dengan ucapan daripada Prof. Madya Dr. Haji Yahya bin Don pada jam 08.45. Tajuk ucapan beliau merupakan " Kepimpinan Guru Pasca COVID-19". Ucapan berjalan selama 1 jam 45 minit sebelum guru-guru diberikan waktu untuk berehat dan makan selama 30 minit.

 

   

 

Ucapan diteruskan oleh Prof. Dr. Madya bin Haji Don diteruskan lagi dalam slot kedua pada jam 11.00. Ucapan beliau berakhir pada jam 12.30 tengahari, Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Derahman memberi ucapan aluan bagi Majlis Perasmian Penutup. seterusnya, majlis diterukan dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Ynag Mulia, Engku Rajhan Engku Ismail.

   

 

Guru-guru menerima sijil dan cenderahati sebagai tanda penghargaan. Kursus diakhiri dengan sesi bergambar antara guru-guru dan AJK Pelaksana. Guru-guru dijemput untuk makan tengahari bersama dan dibenarkan bersurai.

                                                                

 

MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL 2020

     Maahad Muhammadi Perempuan telah terpilih untuk menyertai program Malaysia Future Leaders School 2020 . Program ini diadakan dari 18 Oktober 2020 sehingga 22 Oktober 2020.  Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di seluruh Malaysia.  Program ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin belia yang boleh menyumbang sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan di peringkat antarabangsa di samping membentuk generasi belia yang lebih berwawasan dan tinggi nilai jati diri . 

   

     

   Sekolah telah memilih 10 orang pelajar tingkatan 3 iaitu:

1) Siti Nur Farihin Binti Habib Ismail 

2) Nurul Hakimah Binti Ahmad Nubli 

3) 'Afaf Binti Abdul Latiff 

4) Wan Nur Aleya Nabila Binti Wan Kadir 

5) Za'alia Nuha Binti Zahran 

6) Noratilah Sajwa Binti Imanordin 

7) Nuraisyah Nuha Binti Mohd Afandy 

8) Afaf Nisreen Binti Ahmad Norisham 

9) Damia Hanim Binti Mohd Fadzli 

10) Nurarwini Binti Mazlan 

 Program bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang . Majlis penutupan telah diadakan pada 22 Oktober 2020 di Bilik ICT Maahad Muhammadi Perempuan. 

 

USRAH GURU DAN PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

                                              

Pada 30 September 2020 Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan usrah guru dan pelajar.Sepanjang usrah ini berlangsung pelajar dan guru telah mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan untuk memastikan para guru dan pelajar terhindar daripada penyakit COVID-19.

 

            

 

Usrah guru berlangsung selama 1jam 15minit iaitu bermula pada pukul 1.30petang sehingga 2.45petang.Penceramahnya ialah YB Sahibul Fadhilah Dato Haji Nik Abdul Kadir Bin Haji Nik Mohamad yang merupakan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.

  

Beliau tiba di perkarangan sekolah pada pukul 12.30 tengahari.Beliau telah dijemput untuk menjamu selera dahulu sebelum menunaikan solat zohor berjemaah.Usrah ini telah diadakan di Dewan Asma dengan tajuk 'Jika Tidak Kerana Guru Aku Tidak Akan Mengenal Tuhanku'.Usrah ini telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan MMP (BAKEG).

 

Manakala usrah pelajar pula bermula pada pukul 1.00 petang sehingga pukul 2.00 petang.Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan sesi usrah berlangsung dan mereka dipimpin oleh naqibat masing-masing. 

 

PERTANDINGAN SPBT

 

21/11/2020-Beberapa orang pengarah YIK telah mengadakan lawatan ke Maahad Muhammadi Perempuan tepat pada pukul 9:00 pagi untuk memeriksa dokumen-dokumen penting berkaitan buku teks sekolah di bilik buku teks sekolah (BOSS) bersempena dengan Pertandingan SPBT yang dianjurkan yang disertai Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajah Norzila binti Yahya dan guru-guru yang lain.

 

 

Setelah selesai pemeriksaan, Wakil daripada bilik BOSS iaitu ustazah Ismah memberikan sedikit sagu hati daripada bilik BOSS dan Maahad Muhammadi Perempuan kepada pengarah-pengarah yang hadir.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG UJ II

 

 

11 Oktober 2020 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan perhimpunan mengikut SOP sepertimana yang disarankan sempena majlis penyampaian hadiah untuk para pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam Ujian Pengesanan Kedua (UJII) pada bulan September yang lepas. Pada jam 08:10 majlis dimulakan dengan asmaul husna dan nasyid sekolah.

Semua guru dan pelajar yang terlibat diarahkan memakai pelitup muka sebelum ke medan thobur. Pihak sekolah mengagihkan pelitup muka bagi pelajar yang tiada pelitup muka. Pada jam 08:15 Tuan Pengetua menyampaikan ucapan ringkas berkenaan peperiksaan yang berkaitan iaitu SMU, SPM dan STAM.

 

 

Tepat jam 08:30 pagi Tuan Pengetua diiringi PKP dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Golongan pelajar yang terlibat adalah mereka yang cemerlang dari tingkatan 4,5 dan 6 untuk menjayakan majlis ini.

 

 

Setelah sesi penyampaian hadiah selesai pelajar-pelajar yang terlibat bersama guru-guru berkumpul bagi menyempurnakan sesi penggambaran. Selepas itu, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) memberi sedikit taklimat berkaitan peperiksaan lisan yang akan diduduki oleh pelajar tingkatan 4 mulai esok.

 

 

Selesainya taklimat ringkas daripada  PKP, majlis perhimpunan ditangguh dan semua pelajar dibenarkan bersurai ke kelas masing-masing.

 

 

THOBUR PERTAMA (SESI 1&2) SELEPAS COVID-19

28 September 2020 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan perhimpunan untuk kali pertama selepas Covid-19. Perhimpunan diadakan supaya guru-guru dapat memberikan maklumat kepada para pelajar. Namun, disebabkan terdapatnya halangan Covid-19, perhimpunan pada kali ini diadakan dalam 2 sesi iaitu sesi pertama (Tingkatan 5&6) dan sesi kedua (Tingkatan 4).

                                                 

 

Semua guru-guru dan pelajar yang terlibat diarahkan untuk memakai pelitup muka sebelum memasuki dewan. Pihak sekolah akan mengagihkan pelitup muka bagi pelajar yang tiada pelitup muka.

 

                                                   

 

Semua pelajar bagi sesi pertama diminta berkumpul di Dewan Asma' pada pukul 8:30 pagi. Majlis dimulai dengan nasyiddul sobbah dan asma'ul husna. Kemudian, Ustazah Azlina bt Omar selaku PKKO Maahad Muhammadi Perempuan, memberikan sedikit taklimat kepada pelajar mengenai SOP yang perlu dipatuhi oleh para pelajar.

                                                   

 

Ucapan diteruskan oleh PKHEM, Ustazah Norzila bt Yahya. Seterusnya,ucapan disampaikan oleh PKP, Nik Emran bin Nik Mustafa dan diakhiri dengan ucapan daripada Tuan Pengetua, Ustaz Pakhrudddin bin Deraman. Maka, berakhirlah thobur sesi yang pertama.

 

                                                 

 

Sesi yang kedua pula diteruskan pada pukul 11:00 pagi. Majlis dimulai dengan bacaan surah al-fatihah. Kemudian, Ustazah Hasnin selaku Pegawai SOP Maahad Muhammadi Perempuan.

 

                                                   

Beliau menerangkan beberapa peraturan yang perlu pelajar patuhi untuk mencegah rangkaian Covid-19. Seterusnya, ucapan dari Penolong Kanan Kokurikulum dan juga diakhiri dengan ucapan Tuan Pengetua.

 

                                                    

CERAMAH MOTIVASI

 

 Ceramah motivasi telah diadakan pada hari Selasa, bertarikh 9 September 2020 bersamaan 20 Muharram 1441H. Ceramah ini diadakan di Dewan Asma’ Binti Abu Bakar, Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu dan bermula pada pukul 8:40 pagi.

                                           

MAJLIS PENYERAHAN WAQAF AL QURAN

RABU,08 OKTOBER 2020- Alhamdulillah telah berlangsung suatu majlis yang amat bermakna bagi pihak sekolah dan para pelajar MMP iaitu  Majlis Penyerahan Waqaf Al Quran pada 20 Safar 1442H. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat MMP bermula pada pukul  11 pagi bertemakan ‘ Satu Pelajar Satu Al Quran ( Al Quran Dihatiku ) '.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci AlQuran dan ucapan aluan daripada Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Tuan Pakhruddin bin Deraman . Ucapan perasmian disempurnakan oleh YBrs Dato’ Haji Mohd Nazry bin Mohamad Nor iaitu Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Kelantan.

Seterusnya, sesi penyerahan Al Quran kepada wakil-wakil pelajar di lakukan setelah selesai ucapan perasmian. Sebagai tanda penghargaan, Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan telah menyampaikan cenderahati kepada perasmi dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama.

Insyallah dengan wakaf AlQuran ini, adalah diharapkan penghayatan terhadap isi kandungan AlQuran dalam kehidupan akan lebih digiatkan dalam kalangan pelajar-pelajar.

 

 

MAJLIS KACAU SURO UNIT PEMBANGUNAN BERSAMA PEMBANTU AWAM

                                                           

                 Pada 27 September 2020, telah berlansungnya Majlis Kacau Suro yang telah dianjurkan oleh Unit Pembangunan bersama Pembantu Awam .

 

                                      

  Majlis ini bertujuan untuk merealisasikan ukhuwwah dengan melaksanakan aktiviti bersama-sama. YBrs Pengetua Alfadhil Ustaz Pakhruddin bin Deraman turut meluangkan masa bersama para kakitangan untuk menjayakan majlis . 

                                                                 

                                              Majlis berakhir dengan majlis makan suro pada jam 2:30 petang. 

MAJLIS JALINAN UKHUWAH MAAHAD MUHAMMADI

16 Ogos 2020 – Pihak alumni Maahad Muhammadi telah bekerjasama dengan pihak Maahad Muhammadi Perempuan untuk menjayakan Majlis Jalinan Ukhuwah Maahad Muhammadi.Majilis ini bermula pada pukul 10:30 pagi dan dimulai dengan ucapan Pengerusi Alumni Maahad Muhammadi.

                                                          

                                                  

مجموعات فرعية

PAUTAN SEKOLAH YIK

Maahad Muhammadi Lelaki KTSNA          

Waktu Solat

Bachok,Kota Bharu,Machang,Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah Merah,Tumpat,Kuala Krai,Mukim Chiku
13 Muharam 1444
05:46
Imsak
05:56
Subuh
07:07
Syuruk
13:19
Zohor
16:35
Asar
19:28
Maghrib
20:36
Isyak