All Stories

MAJLIS MAHABBAH SPM 2020 ONLINE

                                                                             

 

RABU, 16 JUN 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah menganjurkan Program Mahabbah SPM bagi calon SPM 2020 secara maya. Majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar tebaik SPM Maahad Muhammadi Perempuan bagi tahun 2020.

 

            

 

Majlis bermula pada pukul 9.00 malam dengan menggunakan medium aplikasi Google Meet. Pelajar terbaik SPM 2020 memberikan sedikit ucapan untuk meraikan kejayaan yang diperolehi mereka. Seterusnya, majlis turut dimeriahkan dengan kedatangan YDP PIBG MMP Dato' Mohd Amar Bin Abdullah merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan. Tuan Mudhir turut berucap diikuti dengan ucapan ringkas daripada Puan Ruhaiza, Setiausaha bagi Unit Kecermelangan dan Kurikulum.

 

Majlis kemudiannya ditutup dengan Surat Al-Asr dan Tasbih Kafarrah. Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi kerana majlis berlangsung dengan jayanya. 

 

 

GOTONG ROYONG

KHAMIS, 8 APRIL - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan gotong royong membersihkan kelas. Pelajar yang terlibat dalam gotong royong ini terdiri daripada pelajar dari tingkatan 5 dan 6. Semasa gotong royong dijalankan,  pelajar dikehendaki untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Gotong-royong ini turut diawasi oleh guru yang bertugas. Selain itu, pelajar dan guru yang terlibat berganding bahu untuk melaksanakan gotong-royong ini dengan jayanya. 

TAKLIMAT DASAR PENDIDIKAN RABBANI KELANTAN

14 MAC 2021- Maahad Muhammadi Perempuan telah menerima kedatangan pihak Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan untuk memberi taklimat pelaksanaan dasar rabbani kelantan kepada para murabbi Maahad Muhammadi Perempuan.

                                                                                       

                                                                                        

Maahad Muhammadi Perempuan menjadi salah satu daripada 10 buah sekolah rintis yang terpilih untuk taklimat ini.

                                                                                       

Taklimat dimulai dengan ucapan aluan daripada mudir Maahad Muhammadi Perempuan. Beliau menyatakan matlamat sebenar taklimat dijalankan adalah untuk membentuk sikap rabbani dalam diri pelajar dan mendidik pelajar-pelajar untuk menjadi anak didik yang taat dengan perintah Allah Taala.

 

                                                                                                 

Taklimat diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Soleh yang mengupas tentang tajuk dasar taklimat ini dijalankan dan mengulas tentang sejarah pembentukan dasar pendidikan rabbani.

                                                                                     

Seterusnya, taklimat daripada Ustaz Zainuddin yang menjelaskan tentang 9 prinsip dan amalan terbaik dasar rabbani yang perlu dicontohi oleh setiap murabbi dan pelajar. 

                                                                                    

MAJLIS PELANCARAN TABUNG FASTABIQUL KHAIRAT

Khamis, 15 April 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Pelancaran Tabung Fastabiqul Khairat yang dianjurkan oleh Unit Biasiswa dan Kebajikan Pelajar (UBKP) untuk membantu para pelajar yang mempunyai masalah kewangan.

     

Majlis dimulakan dengan kata² aluan dari pengerusi majlis iaitu Ustaz Rosli, diikuti dengan ucapan dari Tuan Mudir, kemudian diikuti pula dengan ucapan dari ketua Unit Biasiswa dan Kebajikan Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Cikgu Ramlah binti Yaakob.

   

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penerimaan sumbangan daripada setiap wakil unit-unit di Maahad Muhammadi Perempuan yang merupakan gimik bagi Majlis Pelancaran Tabung Fastabiqul Khairat ini.

    

     

Majlis kemudiannya ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis tersebut berlangsung dengan lancar.

     

PENYAMPAIAN SUMBANGAN NAIK TARAF SISTEM PENYALURAN AIR KEPADA MMP

        

ISNIN,29 MARCH 2021-Maahad Muhammadi Perempuan telah menerima sumbangan daripada pihak Pengurusan Aset Air Berhad(PAAB) sebanyak RM 80,000 untuk menaik taraf sistem penyaluran air di Maaahad Muhammadi Perempuan. Program dimeriahkan dengan ceramah Kempen Kesedaran Air daripada pihak Air Kelantan iaitu Yang Berusaha Encik Abdul Hadi Ali yang memberikan tips untuk menjimatkan air dan kesan apabila pembaziran air berlaku.Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan penghargaan kepada pihak penyumbang.Program seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Yang Berhormat Dato' Sri Hasan Arifin.

      

       

Setelah berakhir ucapan daripada beliau,pihak PAAB menikmati sedikit juadah yang disediakan oleh pihak Maahad Muhammadi Perempuan.Semua pihak yang terlibat juga membuat lawatan ke tapak kerja naik taraf sistem penyaluran air untuk meninjau perkembangan yang telah dilakukan.Program diteruskan dengan penyerahan mock check yang bernilai RM 80,000 kepada Maahad Muhammadi Perempuan yang merupakan sumbangan untuk memperbaiki dan menaik taraf sistem penyaluran air di Maahad Muhammadi Perempuan.

       

Program berakhir dengan pemberian cenderahati kepada pihak PAAB.

 

PENYELIDIKAN DAN PENDOKUMENTASIAN BANGUNAN BERSEJARAH DI MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

4 MAC 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah menerima kedatangan kumpulan warisan negara Zon Timur. Penyelidikan dan penuh dokumentasi bangunan bersejarah di Maahad Muhammadi Perempuan berlansung selama tiga hari bermula daripada dua hingga empat Mac.

 

 

 

Hari pertama penyelidikan, kumpulan warisan memberi taklimat berkenaan perwartaan dan pencalonan warisan dan melawat tempat bersejarah.

 

Kemudian, pada hari kedua pula kumpulan warisan memeriksa tahap kerosakan bangunan dan mengadakan temuramah dengan bekas mudir.

 

 

 

Pada hari terakhir penyelidikan, kumpulan warisan mengukur luas blok asrama yang lama dan melakukan kajian awalan untuk dibawa ke pihak atasan.

 

 

 

 

 

SUMBANGAN KASIH RAMADAN

Selasa, 13 April 2021 - Unit Biasiswa dan Kebajikan Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan telah memberikan sumbangan kasih ramadan kepada para pelajar yang memerlukan bantuan. Pelajar yang menerima sumbangan tersebut ialah seramai 15 orang.

 

Program bermula dengan sesi bergambar kemudian diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada para pelajar yang terpilih.

Seterusnya, program diakhiri dengan amanat ringkas dan nasihat daripada mudir Maahad Muhammadi Perempuan, Ustaz Pakhruddin. Antara amanat dan nasihat yang disampaikan kepada pelajar-pelajar tersebut adalah supaya mereka belajar bersungguh-sungguh, mengenang jasa sekolah dan ibu bapa, dan pada akhir bicara, mudir memberikan kata-kata semangat untuk mereka iaitu, kemiskinan bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu.

PROGRAM BENGKEL PENGAJARAN BAHASA ARAB BERKESAN

 

20 Mac 2020- Panitia Bahasa Arab MMP telah menganjurkan satu program khas kepada semua guru Bahasa Arab di MMP. Program Bengkel Pengajaran Bahasa Arab Berkesan ini adalah untuk meningkatkan lagi teknik dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam Bahasa Arab. 

 

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA KREW TV3

28 FEBRUARI 2021— Pihak pentadbir Maahad Muhammadi Perempuan telah menganjurkan Majlis Makan Malam bersama krew-krew Jejak Rasul TV3 di Restoran Sri Chengmai, Jalan Sri Cemerlang Kota Bharu, Kelantan pada 27 Februari 2021.

 

       

 

      

 

Selain itu, YB Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO turut hadir dalam majlis makan malam tersebut

 

           

 

 

KERAIAN PERSARAAN & PERPISAHAN

AHAD, 11 April 2021- Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan majlis keraian dan perpisahan bagi guru yang telah bersara dan berpindah dan beberapa kakitangan MMP yang turut berpindah ke tempat baharu.

                                                              

Majlis bermula dengan diiiringinya guru yang bersara (Wan Azmi bin Wan Harun) dan guru yang telah berpindah (Pn. Rohana bt Che Jusoh) ke dewan Asma'. Majlis keraian bermula dengan bacaan Al-quran daripada Ustaz Mursyid.

                                                               

                                                               

Majlis keraian bermula dengan bacaan Al-quran daripada Ustaz Mursyid.

                                                             

Seterusnya, majlis dimula dengan ucapan alu-aluan  daripada mudir MMP, Uataz Pakhruddin.

                                                               

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh warga MMP yang berdedikasi dalam menjalankan tugas diberikan. Beliau juga mengatakan majlis diadakan adalah sempena untuk meraikan para pesara dalan khidmat dan bakti yang telah ditunjukkan selama bergelar murabbi di MMP ini.

                                                             

Selain itu, majlis diteruskan dengan ucapan guru yang akan berpindah dan diteruskan dengan ucapan guru yang bersara.

                                                             

Setelah berakhirnya ucapan daripada guru yang diraikan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada yang dirai.

                                                             

Majlis dengan perarakan guru byang bersara.

LAWATAN PENANDA ARAS MAAHAD TAHFIZ SAINS NURUL HIDAYAH KE MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

 

17 MAC 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan berbesar hati menerima kunjungan daripada Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah . Seramai 14 orang guru yang hadir dari Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah.

 

Majlis dimulai dengan ucapan aluan mudir Maahad Muhammadi Perempuan dan diikuti dengan ucapan balas daripada pihak Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah.

 
Setelah itu, tayangan ringkas mengenai sejarah Maahad Muhammadi Perempuan ditayangkan kepada para pelawat.Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama SU Kurikulum,Ustazah Wan Meriah Abdullah dan SU kecermelangan, Ustazah Norzehan Awang.

 

 Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata daripada pihak tuan rumah kepada Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah sebagai tanda penghargaan.

 

AGIHAN BANTUAN KEPADA PELAJAR ASNAF

SABTU, 27 Februari 2021- Maahad Muhammadi Perempuan telah menerima sumbangan dari Dana Kita. Dana Kita merupakan sebuah badan NGO yang telah banyak membantu masyarakat dari segi kewangan. Sumbangan mereka tidak hanya terhad kepada warga Malaysia sahaja. Mereka juga membantu rakyat Syria dan Palestin. Majlis diadakan di Masjd Maahad di Masjid Maahad Muhammadi Perempuan. Rombongan tersebut tiba d sekolah pada jam 12:27. 

 

 

                       

 

 Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengetua Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Cikgu Razi bin Mat Sin sebagai wakil dari Dana Kita. Seterusnya, sumbangan diagihkan kepada 15 orang pelajar asnaf yang terpilih. Setelah majlis berakhir, tetamu-tetamu dijemput makan di kantin sekolah

 

                    

 

مجموعات فرعية

PAUTAN SEKOLAH YIK

Maahad Muhammadi Lelaki KTSNA          

Waktu Solat

Bachok,Kota Bharu,Machang,Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah Merah,Tumpat,Kuala Krai,Mukim Chiku
29 Zulkaedah 1443
05:36
Imsak
05:46
Subuh
07:01
Syuruk
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:30
Maghrib
20:42
Isyak