All Stories

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21

Khamis, 13 Januari 2022 - Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) kali ke-21 telah diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan yang turut sama dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Haji Deraman selaku Tuan Pengetua sekolah diikuti deangan barisan pentadbir serta para ibu bapa pelajar MMP yang turut hadir ke mesyuarat ini.

 

 

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-quran dan dituruti dengan ucapan Yang Mulia Tuan Pengarah YIK Encik Muhd Zaki bin Deraman. Seterusnya , majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah . Majlis  diteruskan lagi dengan pembentangan dan penerimaan laporan kegiatan tahunan, penyata kewangan , dan usul Maahad Muhammadi Perempuan.

 

 

 

 

Selain itu, pemilihan jawatankuasa PIBG 2023 juga turut diadakan. Kemudian, para tetamu yang Berhormat dijemput menikmati juadah yang disediakan. Akhir sekali, majlis mesyuarat PIBG diakhiri dengan perbincangan antara pihak ibu bapa dan guru mengenai usul yang telah dicadangkan .

 

 

 

 

ACARA RINGKAS PERSARAAN CIKGU ROSNANI HASAN

Ahad, 2 Januari 2022 - Majlis persaraan Cikgu Rosnani binti Hassan telah diadakan pada 2 Januari 2022 di sekolah Maahad Muhammadi Perempuan yang turut sama dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Fakhruddin bin Haji Deraman selaku Tuan Pengetua sekolah, Penolong Kanan Hem, PKP dan juga para guru pada sesi petang.

 


Majlis dimulakan dengan bacaan surah pembuka majlis, Al-Fatihah dan dituruti dengan ucapan Tuan Pengetua sekolah serta ucapan penghargaan juga turut diberikan kepada Cikgu Rosnani binti Hassan terhadap jasa dan bakti yang dicurahkan selama berkhidmat di sekolah ini.

 

Majlis juga turut dimeriahkan dengan gurau senda para guru yang meraikan majlis tersebut. Kemudian, Cikgu Rosnani binti Hassan dijemput menikmati juadah yang dihidangkan. Akhir sekali,sebagai tanda terima kasih dan penghargaan terhadap bakti dan jasa beliau, acara penyampaian hadiah dari wakil panitia-panitia dan para guru kepada Cikgu Rosnani binti Hassan. Majlis persaraan Cikgu Rosnani berjalan dengan lancar dan meriah.

PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA KUMPULAN A

 

 

SABTU, 30 OKTOBER 2021 - Pelajar asrama kumpulan A telah mendaftar masuk pada 30 Oktober. Sesi pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 3.00 petang secara berperingkat mengikut waktu yang telah ditetapkan. Sebaik tiba di perkarangan sekolah, para pelajar dikehendaki menunggu di bawah kanopi di hadapan masjid terlebih dahulu untuk menunggu giliran bagi menjalani ujian kendiri.

 

 

 

Terdapat 4 guru yang akan memantau dan menolong pelajar melakukan ujian kendiri di 4 buah meja berasingan. Mereka perlu menunggu selama 15 minit sebelum mendapatkan keputusan ujian kendiri tersebut. 

 

 

 

Setelah selesai mendapatkan ujian kendiri yang hasilnya negatif, mereka terus ke padang sekolah dimana tempat ibu bapa/penjaga meletakkan kenderaan mereka. Di tempat tersebut, para pelajar meletakkan barang mereka di dalam troli yang disediakan dan ia dibawa masuk ke dalam kawasan asrama oleh ahli jawatankuasa yang bertugas di situ.

 

 

 

 

 

 

PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS DAN BAHASA ARAB

 

 

 

 

 

Pada 24 & 25 SEPTEMBER dan 1 & 2 OKTOBER 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum di bawah Jawatankuasa Unit Pemerkasaan Bahasa Arab dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab dan Panitia Bahasa Inggeris MMP. Kumpulan sasaran ialah semua pelajar dari aliran menengah rendah dan atas iaitu dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Enam. 

 

 

Antara objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris selain menggalakkan dan menanam keyakinan berkomunikasi pelajar dalam kedua-dua bahasa serta membudayakannya.
Tempoh pelaksanaan adalah pada hari minggu iaitu Jumaat dan Sabtu selama 4 hari iaitu pada 24 & 25 September dan 1& 2 Oktober 2021. Memandangkan tempoh pandemik masih belum berakhir, program ini berlangsung melalui platform Google Meet yang nyata mendapat sambutan yang cukup baik dari setiap Tingkatan.

 

 

Iklan untuk penyertaan para pelajar bagi setiap acara telah disebarluas melalui aplikasi whatsapp dari unit pelaksana program seminggu lebih awal bagi memastikan semua pelajar bersedia dan berpeluang untuk mengasah bakat masing-masing. Setiap acara dihadiri beberapa pentadbir dan guru-guru untuk bersama-sama menyokong selain dapat menyaksikan kehebatan para peserta yang telah mengambil bahagian. Program kedua-dua bahasa berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan akses ke link Google Meet yang diberi lebih awal lagi.
Aturcara aktiviti untuk setiap Tingkatan adalah cukup menarik iaitu seperti Poem recitation, Grammar challenge quizzes, News Broadcasting Challenge dan Virtual Talk & Video Presentation of Covid 19 bagi Bahasa Inggeris, manakala aktiviti bagi Bahasa Arab pula ialah Nasyid Tasrifiyah, Musabaqah Hiwar, Taqdim Muqabalah serta Musabaqah Fazurah Mubasyarah.

 

 

Program berakhir dengan ucapan penutup oleh Yang Berbahagia Pengetua Maahad Muhammadi (P) iaitu Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, yang merupakan individu terpenting dalam usaha memastikan program ini tetap dilaksanakan walaupun secara maya. Beliau turut memberi suntikan keramat kepada semua pelajar dan peserta yang terlibat dengan menyatakan kepentingan dalam menguasai banyak bahasa kerana ia akan memberi kelebihan dalam kehidupan pelajar kelak.

 

 

Beliau turut berharap agar program ini mampu memberi impak yang tinggi dan positif dalam kalangan pelajar yang sentiasa cuba mempraktikkan Bahasa Arab & Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mendapat tempat terbaik dalam setiap pertandingan di setiap Tingkatan. Ucapan jutaan terima kasih juga turut disampaikan kepada semua guru dan pelajar yang telah bertungkus-lumus menjayakan program kali ini.

 

 

 

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SMU, SPM & STAM 2020

          

 

RABU, 8 DISEMBER 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan SMU, SPM dan STAM bagi tahun 2020. Majlis ini diadakan bagi menzahirkan penghargaan terhadap para pelajar yang telah meraih pencapaian yang cemerlang dan membanggakan bagi peperiksaan berikut. 

 

         

 

Sidang pertama bagi majlis ini dimulakan dengan alunan bacaan al-Quran oleh saudari Nik Maghfirah binti Nik Abdul Rahman Zaki. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan olah Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Haji Deraman, Pengetua MMP. Acara seterusnya adalah ucapan daripada pihak jemputan iaitu Ustaz Harun bin Ismail dan Yang Berhormat Dato Hajjah Mumtaz sekaligus upacara perasmian. Sidang pertama ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang peperiksaan SMU serta ucapan dari saudari Nurul Hasya Adlin binti Rodzuan.

 

          

 

Majlis bagi sidang kedua pula dibuka secara meriah dengan ucapan dari Tuan Pengetua MMP buat sekali lagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Zuraidin bin Abdullah. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang SPM dan STAM serta ucapan ringkas dari saudari Ain Qitrin binti Nazmi dan Amni Afiqah binti Mohd Saupi. Sijil penghargaan turut diberikan bagi para pengerusi majlis yang telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang majlis berjalan.

PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH BUAT KALI KETIGA

 

KHAMIS, 28 OKTOBER 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan program gotong royong sekolah buat kali ketiga.Program ini bertujuan bagi  memastikan keselesaan para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran di Maahad Muhammadi Perempuan berada pada tahap optimum, maka kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran sekolah perlu dititikberatkan. Sebagai mana program gotong royong yang lepas, program gotong royong sekolah pada kali ini juga turut melibatkan usaha padu oleh Unit Keselamatan,Kesihatan dan Keceriaan (Unit 3K),para guru yang terlibat ,pelajar tingkatan 6 serta staf-staf sokongan.



Sebelum acara gotong royong dimulakan,Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan , Tuan Haji Ahmad Pakhruddin Bin Deraman memberikan taklimat ringkas kepada para hadirin berkenaan pembahagian tugas serta kawasan yang terlibat dalam aktiviti gotong royong.Fokus utama bagi program gotong royong pada kali ini adalah keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah.Antara aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan masjid , kantin dan kelas Hal ini bagi memastikan kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan yang bersih.

 

Aktiviti gotong-royong diakhiri dengan jamuan ringkas yang disediakan oleh pihak kantin  kepada para petugas serta guru-guru Maahad Muhammadi Perempuan yang terlibat. Secara keseluruhannya,segala aktiviti di semua kawasan berjalan dengan lancar dan semua objektif program dapat dicapai hasil usaha semua pihak yang terlibat.   

PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH PADA 03 OKTOBER 2021

 

Khamis , 23 September 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan program gotong royong sempena pembukaan sekolah pada 03 Oktober 2021 nanti. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 30 petugas daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bekerjasama dengan Unit keselamatan, kesihatan dan keceriaan (unit 3K) dan beberapa orang guru Maahad Muhammadi Perempuan yang turut hadir di dalam program ini.

  

 

 
Pada pukul 8.00 pagi, semua skuad gotong royong berkumpul di astaka untuk mendengar sedikit taklimat dan pembahagian lokasi gotong royong yang disampaikan oleh Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin Bin Deraman.

 

 

 

 

Program ini bertujuan bagi menyediakan persekitaran yang bersih dan selesa kepada para pelajar yang akan hadir ke sekolah pada 03 oktober 2021 nanti. Seterusnya, Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas yang disediakan oleh pihak kantin kepada skuad gotong royong di zon gotong royong masing-masing.

 

PENTAKSIRAN PUSAT SPM PQS & BA

AHAD, 22 NOVEMBER 2021—Bermulanya Pentaksiran Pusat SPM PQS dan Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 di Maahad Muhammadi Perempuan pada hari ini.

Pentaksiran pusat tersebut akan berlaku selama 4 hari berturut-turut. Kedua-dua subjek memulakan sesi mereka dari pukul 8 pagi sehingga 2 petang.

Para pelajar diminta untuk bersedia di bilik menunggu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik ujian. Disitu, calon akan disoal oleh para pentaksir yang bertugas.

Pentaksiran pusat ini penting kepada para calon SPM. Semoga mereka berjaya menanganinya pentaksiran pusat ini dengan markah yang cemerlang.

PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI PARA PELAJAR TINGKATAN ENAM

AHAD, 10 OKTOBER 2021 - Pembukaan sekolah bagi para pelajar Tingkatan Enam di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) telah bermula sejak semalam. Pelajar-pelajar mula memasuki kawan sekolah seawal jam 7.00 pagi dan beberapa guru bertugas menunggu di setiap pintu pagar masuk sekolah bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Setiap pelajar dan guru dkehendaki memeriksa suhu badan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

 

Para guru dan pelajar perlu memastikan penjarakan sosial 1 meter dan penggunaan topeng muka. Kerusi-kerusi dan meja-meja di dalam kelas juga disusun mengikut piawaian standard 1 meter untuk memastikan keselamatan lebih terjamin. Setiap kelas hanya memuatkan kapasiti seramai 15 orang pelajar bergantung kepada kondisi dan keluasan kelas masing-masing.

 

Beberapa pegawai dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) turut hadir bagi memantau SOP dipatuhi selain memastikan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berjalan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.


Unit Biasiswa dan Kebajikan Pelajar (UBKP) turut mengagihkan "face mask" kepada para pelajar yang disampaikan oleh pegawai YIK dan guru-guru MMP.


MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN 2021

                                                                                                                                                                                                                                                     

JUMAAT, 28 OGOS 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pimpinan Pelajar & Pelancaran Liqa' Fikri untuk melantik pimpinan baharu bagi sesi 2021, majlis ini dilakukan secara atas talian dengan menggunakan media platform Google Meet .

                                

Majlis dimulakan dengan nyanyian nasyid, bacaan ayat suci Al-Quran dan nyanyian lagu Negaraku. Majlis kemudiannya diteruskan dengan  kata-kata aluan daripada Setiausaha Unit HEM, Ustazah Rahaniah bt Ghazali. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pentadbir yang turut sama hadir dalam majlis perlantikan ini. Selain itu, pengetua MMPTuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, turut dijemput untuk memberikan sedikit kata-kata semangat kepada para pimpinan yang baru dilantik bagi sesi 2021. 

                               

Seterusnya, majlis turut diceriakan lagi dengan upacara perasmian yang dilakukan oleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid YIK, Encik Harun bin Ismail. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan paparan gimik perasmian berkenaan badan induk yang terdapat di MMP serta ucapan daripada ketua pelajar tahun 2021. Akhir sekali, peserta watikah melafazkan bacaan ikrar untuk menjalankan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab, adil dan saksama, yang diketuai oleh selaku ketua pejalar Maahad Muhammadi Perempuan pada tahun 2021, Nur Arina Arifah bt Arilhamdi.

                               

PEMBUKAAN SEKOLAH SECARA BERSEMUKA BAGI TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

 

AHAD, 31 OKTOBER 2021 - Pembukaan sekolah secara bersemuka bagi pelajar kelas peperiksaan  Maahad Muhammadi Perempuan telah diadakan pada 31 Oktober 2021. Para pelajar yang terlibat pada pembukaan sekolah kali ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 Maahad Muhammadi Perempuan. Mengikut penetapan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),  pelajar-pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B untuk proses penggiliran. Proses penggiliran ini dimulakan dengan kehadiran pelajar dari kumpulan A pada minggu pertama sementara  kumpulan B meneruskan pembelajaran secara atas talian.

 

 

 

Seawal tujuh pagi lagi, para pelajar mula memasuki kawasan sekolah dan kehadiran mereka disambut oleh beberapa orang guru yang bertugas di pintu pagar sekolah. SOP mestilah dipatuhi oleh semua pelajar dan warga sekolah dengan membuat pemeriksaan suhu dan memakai pelitup muka dengan betul.

 

 

 Mudir Maahad Muhammadi Perempuan, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin turut serta untuk menyambut kehadiran para pelajar.

 

  

 

Selain itu, susun atur meja pelajar  di dalam kelas telah disusun mengikut SOP iaitu penjarakkan sebanyak 1 meter seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pelajar juga diminta  patuh dengan semua SOP agar risiko jangkitan wabak penyakit dapat dielakkan. 

 

 

 

 

 

PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH BUAT KALI KEDUA

Isnin , 4 Oktober 2021 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan program gotong royong sekolah buat kali kedua.Program ini bertujuan bagi  memastikan keselesaan para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran di Maahad Muhammadi Perempuan berada pada tahap optimum, maka kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran sekolah perlu dititikberatkan. Sepertimana program gotong royong yang diadakan sebelum ini, program gotong royong sekolah pada kali ini juga turut melibatkan usaha padu oleh Unit Keselamatan,Kesihatan dan Keceriaan (Unit 3K),para guru yang terlibat serta staf-staf sokongan.Program gotong royong ini juga dijayakan dengan kerjasama Majlis Pembandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

       

 

        

 

Sebelum acara gotong royong dimulakan,Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan , Tuan Haji Ahmad Pakhruddin Bin Deraman memberikan taklimat ringkas kepada para hadirin berkenaan pembahagian tugas serta kawasan yang terlibat dalam aktiviti gotong royong.Fokus utama bagi program gotong royong pada kali ini adalah keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah.Antara aktiviti yang dilakukan ialah mencantas dan memangkas pokok serta mengecat taman ilmu

 

         

 

         

Aktiviti gotong-royong diakhiri dengan jamuan ringkas yang disediakan oleh pihak kantin  kepada para petugas serta guru-guru Maahad Muhammadi Perempuan yang terlibat. Secara keseluruhannya,segala aktiviti di semua kawasan berjalan dengan lancar dan semua objektif program dapat dicapai hasil usaha semua pihak yang terlibat.     

TAMRIN TAZKIYATUN NAFSI

SABTU, 26 JUN - Tamrin bagi pelajar Tingkatan 5 iaitu Tamrin Tazkiyatun Nafsi telah diadakan pada 24 Jun. Program ini dimulakan pada jam 2.30 petang hari Khamis melalui platform atas talian, Google Meet. Program ini dijalankan sepenuhnya atas talian dengan menggunakan pelbagai platform iaitu Telegram, Google Meet dan Instagram.

 

            

 

Sepanjang program ini, para pelajar berpeluang mendengar pelbagai perkongsian menarik. Antara topik yang disentuh adalah tentang identiti peserta tamrin sebagai seorang 'Pelajar Mahad' dan 'Hala Tuju Selepas SPM'. Terdapat juga aktiviti berkumpulan bagi para pelajar. Mereka dibahagikan kepada 15 kumpulan dan diberikan tugasan untuk menyiapkan poster interaktif.

Program ini telah berakhir pada malam 25 Jun.

مجموعات فرعية

PAUTAN SEKOLAH YIK

Maahad Muhammadi Lelaki KTSNA          

Waktu Solat

Bachok,Kota Bharu,Machang,Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah Merah,Tumpat,Kuala Krai,Mukim Chiku
29 Zulkaedah 1443
05:36
Imsak
05:46
Subuh
07:01
Syuruk
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:30
Maghrib
20:42
Isyak