THOBUR PERTAMA (SESI 1&2) SELEPAS COVID-19

28 September 2020 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan perhimpunan untuk kali pertama selepas Covid-19. Perhimpunan diadakan supaya guru-guru dapat memberikan maklumat kepada para pelajar. Namun, disebabkan terdapatnya halangan Covid-19, perhimpunan pada kali ini diadakan dalam 2 sesi iaitu sesi pertama (Tingkatan 5&6) dan sesi kedua (Tingkatan 4).

                                                 

 

Semua guru-guru dan pelajar yang terlibat diarahkan untuk memakai pelitup muka sebelum memasuki dewan. Pihak sekolah akan mengagihkan pelitup muka bagi pelajar yang tiada pelitup muka.

 

                                                   

 

Semua pelajar bagi sesi pertama diminta berkumpul di Dewan Asma' pada pukul 8:30 pagi. Majlis dimulai dengan nasyiddul sobbah dan asma'ul husna. Kemudian, Ustazah Azlina bt Omar selaku PKKO Maahad Muhammadi Perempuan, memberikan sedikit taklimat kepada pelajar mengenai SOP yang perlu dipatuhi oleh para pelajar.

                                                   

 

Ucapan diteruskan oleh PKHEM, Ustazah Norzila bt Yahya. Seterusnya,ucapan disampaikan oleh PKP, Nik Emran bin Nik Mustafa dan diakhiri dengan ucapan daripada Tuan Pengetua, Ustaz Pakhrudddin bin Deraman. Maka, berakhirlah thobur sesi yang pertama.

 

                                                 

 

Sesi yang kedua pula diteruskan pada pukul 11:00 pagi. Majlis dimulai dengan bacaan surah al-fatihah. Kemudian, Ustazah Hasnin selaku Pegawai SOP Maahad Muhammadi Perempuan.

 

                                                   

Beliau menerangkan beberapa peraturan yang perlu pelajar patuhi untuk mencegah rangkaian Covid-19. Seterusnya, ucapan dari Penolong Kanan Kokurikulum dan juga diakhiri dengan ucapan Tuan Pengetua.