SUMBANGAN DARIPADA AMAL

Khamis, 28 April 2022 - Presiden AMAL iaitu Encik Saizol Ismail telah datang ke Maahad Muhammadi Perempuan untuk memberikan sumbangan kepada 10 orang pelajar terpilih.

Program bermula pada pukul 10.15 pagi dan dibuka dengan bacaan surah al-fatihah dan seterusnya ucapan daripada Presiden AMAL atau dikenali juga sebagai Pegawai Khas Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Kemudian program diteruskan dengan ucapan ringkas daripada Tuan Mudir Maahad Muhammadi Perempuan.

Setelah selesai ucapan tersebut, program diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan kepada 10 pelajar yang terpilih tersebut dan pemberian cenderahati kepada Presiden dan bendahari AMAL. Majlis diakhiri oleh Tuan Mudir dengan tasbih kafarah dan Surah Al-asr pada pukul 11 tengahari.