PROGRAM KOMUNITI PELAJAR PERGIGIAN USM TAHUN 3 KUMPULAN B

Khamis , 14 April 2022 - Maahad Muhammadi Perempuan telah dikunjungi oleh pelajar-pelajar pergigian tahun 3 dari Universiti Sains Malaysia. Rombongan ini bertujuan untuk melahirkan doktor gigi yang berorientasikan masyarakat. Kedatangan mereka disambut mesra oleh para pentadbir dan beberapa orang guru MMP.

 

Usai tiba, para peserta rombongan menuju ke dataran MMP untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Setelah itu, mereka bergerak ke bilik mesyuarat. Majlis dibuka dengan bacaan Al-Fatihah dan ucapan pembuka majlis daripada pengerusi majlis diikuti ucapan alu-aluan daripada mudir MMP.

 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan perkongsian pengalaman Dr. Ruhaya sebagai tenaga pelajar dalam bidang pergigian di USM. Beliau turut memberitahu beberapa kriteria yang diperlukan untuk memohon sebagai mahasiswa pergigian USM. Majlis digamatkan dengan tawa mesra peserta-peserta rombongan.

 

Sebelum bersurai, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar MMP yang telah menyertai kuiz atas talian yang melibatkan murid-murid tingkatan 3 dan 4. Pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk menyampaikan cenderahati terhadap Dr. Ruhaya dan peserta-peserta rombongan tersebut. Majlis diakhiri tepat pada pukul 10.05 pagi.