MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG UJ II

 

 

11 Oktober 2020 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan perhimpunan mengikut SOP sepertimana yang disarankan sempena majlis penyampaian hadiah untuk para pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam Ujian Pengesanan Kedua (UJII) pada bulan September yang lepas. Pada jam 08:10 majlis dimulakan dengan asmaul husna dan nasyid sekolah.

Semua guru dan pelajar yang terlibat diarahkan memakai pelitup muka sebelum ke medan thobur. Pihak sekolah mengagihkan pelitup muka bagi pelajar yang tiada pelitup muka. Pada jam 08:15 Tuan Pengetua menyampaikan ucapan ringkas berkenaan peperiksaan yang berkaitan iaitu SMU, SPM dan STAM.

 

 

Tepat jam 08:30 pagi Tuan Pengetua diiringi PKP dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Golongan pelajar yang terlibat adalah mereka yang cemerlang dari tingkatan 4,5 dan 6 untuk menjayakan majlis ini.

 

 

Setelah sesi penyampaian hadiah selesai pelajar-pelajar yang terlibat bersama guru-guru berkumpul bagi menyempurnakan sesi penggambaran. Selepas itu, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) memberi sedikit taklimat berkaitan peperiksaan lisan yang akan diduduki oleh pelajar tingkatan 4 mulai esok.

 

 

Selesainya taklimat ringkas daripada  PKP, majlis perhimpunan ditangguh dan semua pelajar dibenarkan bersurai ke kelas masing-masing.