MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022

KHAMIS , 12 MEI 2022 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Sambutan hari raya bagi guru telah diadakan di Dewan Fatimah manakala sambutan hari raya bagi pelajar pula diadakan di kelas masing-masing. Majlis bermula tepat pukul 10 pagi. Majlis sambutan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan YDP PIBG MMP , YB Dato' Nik Mohd Amar bin Abdullah ,  Pengarah Yayasan Islam Kelantan , YM Engku Rajhan bin Engku Ismail , Pengerusi Alumni MM serta beberapa tetamu kehormat. 

Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Naim. Tuan mudir melahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berpeluang mengadakan sambutan hari raya pada tahun ini, setelah dua tahun majlis sambutan perayaan ini tidak dapat dilaksanakan. Para tetamu dihidangkan dengan beraneka juadah makanan .  

 Sebelum majlis berakhir para tetamu kehormat membuat lawatan ke kelas-kelas untuk mengadili pertandingan hiasan kelas tercantik sempena sambutan hari raya. Majlis diakhiri dengan sesi pengambaran pada jam 2 petang.