Majlis Keraian Perpisahan Guru-guru & Kakitangan

 

AHAD, 8 MEI 2022- Majlis Keraian Perpisahan Guru-guru dan Kakitangan Maahad Muhammadi Perempuan telah diadakan di medan thobur sekolah. Majlis tersebut dihadiri oleh  para pentadbir guru-guru, kakitangan dan semua pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Mereka yang diraikan pada hari ini terdiri daripada 9 orang guru seorang kakitangan sekolah.

 

 

Majlis bermula sekitar jam 8.30 pagi oleh Pengerusi Majlis, Cikgu Azhar bin Yaakub dan seterusnya bacaan ayat suci Al-Quran oleh wakil pelajar.  Majlis diteruskan dengan kata-kata aluan dan penghargaan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Hajjah Norazlina binti Omar,seterusnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Hajjah Noor Zila binti Yahya dan diikuti oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Nik Emran bin Datuk Paduka Nik Mustapha.

 

 

Seterusnya majlis menjemput wakil guru yang dirai, Puan Nor Ismawati binti Salahudin untuk memberi ucapan perpisahan. Selepas itu, ucapan diberikan oleh  Tuan Pengetua Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman.

 

 

 

Penyampaian cenderahati berupa peralatan dapur dan buah-buahan diberikan kepada guru-guru dan kakitangan yang diraikan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan.