All Stories

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI LILBANAT

Sabtu, 21 May 2022 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Unit Alumni MMP. Sambutan tersebut diadakan di Dewan Fatimah Az-Zahra. Majlis tersebut dihadiri oleh tetamu VIP antaranya ialah Exco Kebajikan, Pembangunan, Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato Hajah Mumtaz binti Md Nawi, wakil Yang Dipertua PIBG MMP, Dr Nazmi bin Ghazali Nazmi, Datin Sri Hariza bt Yusoff, Yang Dipertua Alumni Maahad Muhammadi, Ustaz Haji Mohd Mansor bin Daud serta AJK, Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan, Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, mantan guru-guru MMP yang telah bersara dan juga kakitangan serta guru-guru MMP dan para alumni MMP dari tahun 1983 sehingga 2017.

Majlis dimulakan dengan alunan nasyid Asmaul Husna dan Nasyid As Sobah yang diketuai oleh beberapa orang wakil pelajar. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman. Seterusnya, majlis menjemput YB Dato Hajah Mumtaz bt Mohd Nawi untuk memberikan ucapan perasmian.

Lagu hari raya juga turut dimainkan untuk menceriakan suasana ketika para tetamu sedang menjamu selera. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

JOHAN MEMANAH MESMA

Khamis, 19 May 2022 - 4 orang pelajar daripada Maahad Muhammadi Perempuan telah membawa pulang kemenangan sebagai johan bagi kategori berkumpulan dalam Mahrajan Memanah Recurve Kebangsaan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) 2022 pada Hari ini. 

Majlis Keraian Perpisahan Guru-guru & Kakitangan

 

AHAD, 8 MEI 2022- Majlis Keraian Perpisahan Guru-guru dan Kakitangan Maahad Muhammadi Perempuan telah diadakan di medan thobur sekolah. Majlis tersebut dihadiri oleh  para pentadbir guru-guru, kakitangan dan semua pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Mereka yang diraikan pada hari ini terdiri daripada 9 orang guru seorang kakitangan sekolah.

PROGRAM SUMBANGAN ZAKAT


 

SELASA 26 APRIL 2022 – Program pemberian zakat kepada 30 orang pelajar asnaf  Maahad Muhammadi Perempuan telah dijalankan. Sumbangan diberi daripada Bank Islam, Puan Nurol’ain binti Abg Latip selaku wakil yang datang memberi sumbangan tersebut. Sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM50 dan sebekas kurma kepada setiap penerima. 

 

 

 Majlis dimulakan pada pukul 11.25 pagi dengan ucapan pembuka majlis daripada Ustazah Rahaniah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan sepatah dua kata daripada Mudir Maahad Muhammadi Perempuan dan ucapan daripada Puan Nurol’ain 

 

 

Majlis diakhiri dengan pemberian sumbangan kepada guru-guru dan murid-murid yang terpilih.

MAKLUMAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN 2022

 

Maahad Muhammadi Perempuan akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Alumni Maahad Muhammadi Perempuan pada hari sabtu ini. Sambutan tersebut akan bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari di Dewan Fatimah Az-zahra MMP. Majlis ini merupakan anjuran Unit Alumni MMP dengan kerjasama PIBG MMP dan Alumni Maahad Muhammadi (AMM). Majlis akan turut dihadiri oleh beberapa tetamu jemputan. 

SUMBANGAN DARIPADA AMAL

Khamis, 28 April 2022 - Presiden AMAL iaitu Encik Saizol Ismail telah datang ke Maahad Muhammadi Perempuan untuk memberikan sumbangan kepada 10 orang pelajar terpilih.

KURSUS LAMAN WEB


26 APRIL 2022 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Kursus Laman Web kepada ahli website MMP bertujuan untuk memantapkan pengurusannya dan penambahbaikan laman web sekolah. Kursus ini diadakan di bilik media Maahad Muhammadi Perempuan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.

Pihak sekolah telah menjemput dua orang pegawai daripada SUK, iaitu Puan Haslina and Encik Aidi untuk berkongsi serba  sedikit  maklumat tentang aplikasi 'Joomla’  dan menunjukkan teknik penggunaan aplikasi  tersebut dengan cara yang betul.

Guru-guru Media dan Publisiti MMP turut hadir dalam kursus ini bagi memantau para ahli laman web sekolah. Kursus diakhiri dengan penyerahan cenderahati dari pihak sekolah  kepada pihak  SUK sebagai tanda penghargaan.

 

PROGRAM MOTIVASI SMU 2022

 

RABU, 18 Mei 2022- Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Maahad Muhammadi Perempuan telah menganjurkan sebuah program motivasi Sijil Menengah Ugama kepada semua pelajar tingkatan 4 bertempat di Dewan Asma' Abu Bakar. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk meyakinkan pelajar supaya terus belajar di MMP sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Program ini juga telah dibahagikan kepada dua slot di mana slot pertama bagi pelajar aliran sains manakala slot kedua bagi pelajar aliran akaun dan aliran ekonomi.

 

Program dibuka dengan bacaan surah al-Fatihah dan ucapan pendahuluan daripada pengerusi majlis. Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan aluan guru UBKK tentang kepentingan mengetahui minat pelajar dalam sesuatu bidang. Beliau turut menyampaikan beberapa kepentingan peperiksaan SMU. Antaranya, adalah ia dapat membantu pelajar dalam permohonan di IPT. 

 

 

Selanjutnya, Penolong Kanan Pentadbiran MMP memberikan ucapan beliau yang berkisar tentang peratusan lulus SPM dan SMU 2021. Beliau juga sempat menyampaikan beberapa tips untuk mendapatkan mumtaz dalam semua subjek SMU. Program diteruskan lagi dengan ucapan aluan daripada mudir MMP dan pesanan yang perlu pelajar sentiasa ingati dan aplikasikan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia.

 

 

Akhir sekali, program ditamatkan dengan tayangan berkenaan peluang belajar mengikut aliran yang dipilih pelajar. Usai tayangan, pelajar bersurai dan bergerak ke kelas masing-masing.

 

 

 

MAJLIS TAARUF GURU BAHARU, PELANTIKAN DAN PENYERAHAN WATIKAH GURU SERTA MAJLIS TADARUS RAMADAN

RABU, 27 APRIL 2022 - Majlis Taaruf Guru Baharu, Pelantikan dan Penyerahan Watikah Guru Serta Majlis Tadarus Ramadan telah diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan bertempat di Dewan Fatimah.

Majlis dimulakan pada jam 8.50 pagi dengan bacaan ayat suci al -Quran daripada wakil pelajar tingkatan 6. Majlis diteruskan lagi dengan sesi taaruf oleh 11 orang guru baharu. Oleh itu,setelah selesai sesi taaruf majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh tuan mudir . Kemudian diteruskan lagi dengan pelantikan dan penyerahan watikah kepada para guru.

Majlis Tadarus Ramadan diteruskan dengan bacaan ayat suci al -Quran oleh Ustaz Badrul Hisham. YBrs Ustaz Zulqarnain bin Hassan Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan telah dijemput untuk memberikan ceramah Ramadan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh pihak sekolah kepada YBrs Ustaz Zulqarnain sebagai tanda penghargaan.

PEPERIKSAAN SMU SESI 2 2022

AHAD 24 APRIL 2022 – Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah dijalankan semula kepada pelajar yang tidak dapat hadir kerana kuarantin pada Isnin 14 Februari 2022 yang lalu. Oleh itu, seramai 144 orang pelajar MMP dan 3 orang pelajar dari SMU(A) Istiqamah Badang yang menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) di Maahad Muhammadi Perempuan pada kali ini.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022

KHAMIS , 12 MEI 2022 - Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Sambutan hari raya bagi guru telah diadakan di Dewan Fatimah manakala sambutan hari raya bagi pelajar pula diadakan di kelas masing-masing. Majlis bermula tepat pukul 10 pagi. Majlis sambutan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan YDP PIBG MMP , YB Dato' Nik Mohd Amar bin Abdullah ,  Pengarah Yayasan Islam Kelantan , YM Engku Rajhan bin Engku Ismail , Pengerusi Alumni MM serta beberapa tetamu kehormat. 

Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Naim. Tuan mudir melahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berpeluang mengadakan sambutan hari raya pada tahun ini, setelah dua tahun majlis sambutan perayaan ini tidak dapat dilaksanakan. Para tetamu dihidangkan dengan beraneka juadah makanan .  

 Sebelum majlis berakhir para tetamu kehormat membuat lawatan ke kelas-kelas untuk mengadili pertandingan hiasan kelas tercantik sempena sambutan hari raya. Majlis diakhiri dengan sesi pengambaran pada jam 2 petang.

PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN

 

RABU ,  27 APRIL 2022 – Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran telah diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan sebagai penutup kepada bulan Ramadan yang bakal berakhir beberapa hari lagi. Majlis ini bermula pada pukul 9:00 pagi melibatkan semua pelajar MMP. Pelajar-pelajar dikehendaki  membaca al-Quran di kelas masing-masing.  

 

Seterusnya, pelajar-pelajar bergerak ke Masjid Jame' Merbau Al-Isma'ili  tepat pukul 11:30 pagi. Sementara menunggu majlis tersebut dimulakan , para pelajar membasahkan lidah dengan zikrullah dan bacaan ayat suci al-Quran.  


 

Majlis Khatam al-Quran diketuai oleh Ustaz Badrul Hisham bin Sulaiman . Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutup sempena penutup Ihya Ramadan oleh tuan mudir .

 

Kutipan sumbangan sebanyak RM 20,309.80 dari pelbagai pihak sepanjang Ramadan telah mendatangkan manfaat kepada 103 orang pelajar . Majlis diakhiri dgn solat zuhur secara berjemaah.

KEMPEN MEMBACA 10 MINIT 2022

21 APRIL 2022 – Program ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca. “Membaca Menambah Ilmu Pengetahuan” . Itulah tema kempen membaca peringkat sekolah pada tahun ini. Kempen ini bermula pada 21 April 2022 dan berlangsung selama 10 minit.

مجموعات فرعية

PAUTAN SEKOLAH YIK

Maahad Muhammadi Lelaki KTSNA          

Waktu Solat

Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.